Berita Harian

PTPTN sedia kaedah penggabung­an pinjaman

Rekod hutang terdahulu dalam CCRIS dikemas kini sebagai langsai

- Oleh Haryani Ngah

Seramai 45,866 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menikmati kemudahan penggabung­an pinjaman bermula 15 Ogos ini.

Peminjam ini terdiri daripada mereka yang mendapat kelulusan pinjaman kedua sebelum penggabung­an diperkenal­kan sebelum 6 April 2016.

Menerusi kaedah ini, rekod hutang terdahulu iaitu pinjaman pertama dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) akan dikemas kini sebagai langsai hutang.

Dengan kaedah ini, jadual bayaran balik yang baharu akan dibina enam bulan selepas peminjam tamat pengajian.

PTPTN akan mengeluark­an notis kepada peminjam terbabit bagi memaklumka­n kemudahan penggabung­an yang dilakukan terhadap akaun pinjaman mereka.

Tambah baik sistem

Pengerusi PTPTN, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata PTPTN sentiasa mengambil berat berkaitan permasalah­an dihadapi peminjam dan terbuka untuk membincang­kan apa sahaja isu berkaitan bayaran balik pinjaman.

“Antara isu dibincangk­an berkenaan penangguha­n bayaran yang diluluskan tetapi mempunyai tunggakan dan rekod tidak baik dengan CCRIS dan disenarai hitam oleh imigresen.

“Dalam mengatasi masalah ini PTPTN melakukan penambahba­ikan ke atas sistem pengurusan pinjaman PTPTN di samping memberi kemudahan kepada bayaran balik pinjaman mereka,” katanya pada sidang media di Menara PTPTN, semalam.

Tukar kaedah Ujrah

Yang turut hadir, Pengerusi Biro Pemuda Institusi Pendidikan Tinggi, Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya.

Untuk mendapat manfaat ini, peminjam perlu menukarkan kaedah pinjaman mereka kepada Ujrah.

Sehubungan itu, Shamsul Anuar meminta 545 peminjam daripada kumpulan itu yang mempunyai pinjaman terdahulu tetapi masih lagi dengan kaedah konvension­al supaya menukar kepada Ujrah untuk membolehka­n mereka menerima manfaat ini.

Penambahba­ikan fasa pertama dimulakan pada 6 April 2016, contohnya, peminjam yang mempunyai pinjaman diploma RM15,000 dan memohon pinjaman bagi Ijazah Sarjana Muda RM21,000.

Jumlah diluluskan secara penggabung­an adalah RM36,000 (RM15,000 untuk langsai hutang diploma dan bakinya dibayar sepanjang tempoh pengajian ijazah.

Jadual bayaran balik yang baharu hanya akan bermula enam bulan selepas tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda.

Sebelum jadual bayaran balik dibina, nama peminjam tidak disenarai dalam CCRIS, tiada dalam senarai hitam imigresen dan tidak dikenakan tindakan perundanga­n.

Penambahba­ikan fasa pertama itu memberi kemudahan kepada 32,213 peminjam PTPTN.

Melalui kaedah ini, peminjam hanya mempunyai satu akaun pinjaman saja. Jika sebelum ini mereka perlu memaklumka­n penangguha­n bayaran kepada PTPTN sekiranya menyambung pengajian daripada peringkat diploma kepada ijazah atau seterusnya sarjana tetapi menerusi sistem ini, ia akan direkodkan secara automatik.

 ?? [FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH] ?? Shamsul Anuar (tengah) pada sidang media mengenai kemudahan penggabung­an pinjaman PTPTN di Menara PTPTN, Kuala Lumpur, semalam. Yang turut serta Fathul Bari (kanan) dan Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff.
[FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH] Shamsul Anuar (tengah) pada sidang media mengenai kemudahan penggabung­an pinjaman PTPTN di Menara PTPTN, Kuala Lumpur, semalam. Yang turut serta Fathul Bari (kanan) dan Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia