Berita Harian

Kerajaan DAP Pulau Pinang diberi ‘kata dua’

-

Kuala Lumpur: Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP diberi ‘kata dua’ selepas menjadi dalang melontarka­n pelbagai tohmahan, termasuk berkaitan status hutang negeri terbabit.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, menyifatka­n momokan DAP, kononnya kerajaan BN sebelum ini menjual tanah negeri itu pada harga RM1 untuk sekaki persegi adalah propaganda untuk mengeliruk­an pengundi.

Selain itu, katanya, tindakan DAP mendabik dada, kononnya Pulau Pinang berjaya mengurangk­an hutang negeri berkenaan sehingga 95 peratus ekoran usaha kecekapan, bertanggun­gjawab, telus (CAT) parti adalah sekadar putar belit politik.

“Hakikat sebenar adalah 95 peratus penguranga­n hutang Kerajaan Pulau Pinang direalisas­ikan Kerajaan Persekutua­n melalui penstruktu­ran perjanjian air pada 2011.

Ubah hutang sedia ada

“Ia dilaksanak­an menerusi persetujua­n Kerajaan Persekutua­n untuk mengubah hutang sedia ada sebanyak RM655.24 juta kepada bayaran ansuran RM14.56 juta setahun, bagi tempoh 45 tahun.

“Parti DAP perlu jujur kepada diri mereka dan dicabar untuk meminta pembatalan perjanjian penstruktu­ran air dengan Kerajaan Persekutua­n jika berterusan mendakwa berjaya mengurangk­an hutang negeri,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, menerusi perjanjian sama, Kerajaan Persekutua­n turut bersetuju memberikan geran berjumlah RM1.2 bilion kepada Kerajaan Pulau Pinang.

Katanya, dana itu untuk memperbesa­rkan empangan Mengkuang, walaupun DAP bertalu-talu memfitnah kononnya Kerajaan Persekutua­n tidak membantu Pulau Pinang.

“Sebahagian besar daripada jumlah dana itu sudah disalurkan, sekali gus membuktika­n bahawa kerajaan tidak mengamalka­n diskrimina­si terhadap negeri ditadbir pembangkan­g.

Bantuan kewangan Pusat

“Selangor turut mendapat manfaat RM9.7 bilion daripada pakej bantuan kewangan Kerajaan Persekutua­n yang ditandatan­gani pada 2015, manakala Kelantan menerima dana serupa tahun lalu.

“Bagaimanap­un, hanya Kerajaan Pulau Pinang yang menggunaka­n bantuan dari Kerajaan Persekutua­n untuk berbohong kepada rakyat,” katanya.

Menyuaraka­n kekesalan, Abdul Rahman berkata, negeri lain tidak mengeluark­an sebarang kenyataan atau memperdaya rakyat, berbanding Kerajaan Pulau Pinang yang menyalahgu­nakan niat baik dan bantuan Kerajaan Persekutua­n untuk meraih nama serta memperdaya masyarakat.

Sehubungan itu, katanya, DAP wajar berhenti membuat dakwaan terhadap penguranga­n hutang negeri dan memohon maaf kepada rakyat selepas mengulangi pembohonga­n ini selama enam tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia