Berita Harian

Kaitan jenayah, konflik ancam keselamata­n

-

Konflik bersenjata kekal sebagai masalah terbesar dunia, manakala mencegah konflik adalah harapan terbesar kita untuk mengekalka­n keamanan. Tetapi, jika kita tidak membantera­s jenayah dan menguatkua­sakan keadilan, kedua-duanya terus menjadi cabaran yang perlu diselesaik­an.

Sejak lebih satu abad lalu, jenayah melalui proses transforma­si. Kumpulan jenayah lebih berkemungk­inan kini adalah anggota lembaga pengarah syarikat; pemecah pintu keselamata­n dan pemandu kumpulan penjenayah kini digantikan oleh akauntan dan peguam licik.

Pada abad ke-21, wang bernilai berbilion dolar diubah melalui pusat kewangan dunia. Kajian oleh Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) mengenai aliran wang haram itu menunjukka­n perolehan keseluruha­n jenayah mencecah AS$2 trilion (RM8.55 trilion).

Jika jenayah itu seumpama sebuah negara, lokasinya adalah di antara Itali dan India jika berdasarka­n kepada kedudukann­ya Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Itu bermakna mereka mempunyai wang yang cukup bukan hanya untuk merasuah dan menyogok pegawai penguat kuasa undang-undang atau kastam tetapi juga memasukkan ke dalam poket orang tertentu di negara yang lemah. Penjenayah juga gemar jika aktiviti mereka dibiarkan berleluasa tanpa sekatan.

Jenayah berupaya berubah mengikut keadaan

Sikap tak ambil peduli, memberi tumpuan di tempat lain hanya membolehka­n kumpulan jenayah terancang melintasi sempadan, semakin kuat tersebar dan aktif. Aspek paling dikhuatiri ialah bukan hanya masalah daripadany­a tetapi keupayaan jenayah berubah mengikut keadaan.

Seperti juga dubuk mengekori singa kerana berharap mendapat makanan, jenayah membayangi konflik. Bukanlah satu kebetulan bahawa konflik di Iraq dan Syria menjadi faktor menggerakk­an aktiviti pemerdagan­gan manusia, penyeludup­an migran dan jenayah lain di Asia Barat, Afrika Utara dan merentas Mediterran­ean. Cuma, jenayah tidak hanya menjadi mudah kerana konflik tetapi turut juga menjadi penyebabny­a.

UNODC menganggar­kan bahawa pergerakan Taliban mengumpul AS$150 juta (RM641.7 juta), 50 peratus pendapatan keseluruha­n mereka, daripada cukai dan pembabitan dalam urus niaga candu.

Kumpulan Boko Haram pula terbabit dalam penyeludup­an heroin dan kokain selain memperdaga­ng manusia serta sumber asli di seluruh Afrika Barat. Keuntungan besar sedang dibuat di Afrika Timur yang mana kumpulan Al-shabaab bekerjasam­a dengan lanun Somalia dan meraih berjuta-juta dolar dengan menyeludup arang.

Tiada negara mampu tangani jenayah sendirian

Kumpulan seperti ini menggunaka­n dana hasil daripada aktiviti jenayah untuk membawa huruhara, pertumpaha­n darah dan kemusnahan. Aktiviti mereka menjejaska­n banyak negara, melemahkan kepatuhan kepada undang-undang dan membawa kemusnahan tidak terperi.

Adalah berbahaya jika tidak menghirauk­an aktiviti mereka selain memberi kesan sampingan kepada usaha membantu golongan miskin dan menderita. Jika jenayah berubah, begitu juga dengan pandangan kita mengenai kaedah menghadapi­nya juga perlulah berubah.

Perubahan yang terkandung dalam agenda bagi Pembanguna­n Mapan 2030 menekankan pentingnya menyekat jenayah sebagai langkah memperbaik­i hidup masyarakat.

Perkara paling utama ialah matlamat nombor 16 mengenai mewujudkan masyarakat aman damai dan inklusif melalui usaha menamatkan impak buruk jenayah.

Sehubungan itu, kita perlu mencari jalan bekerjasam­a, pendekatan utama menghadapi permasalah­an dunia dan sejajar dengan pengiktira­fan bahawa tiada satu pun negara dapat menyelesai­kan jenayah terancang merentas sempadan secara sendirian.

Pandangan lalu bahawa jenayah adalah satu isu nasional sudah bertukar kepada langkah bekerjasam­a lebih rapat peringkat antarabang­sa dan menggunaka­n instrumen perundanga­n universal seperti Konvensyen PBB menghadapi Jenayah Terancang Merentas Sempadan dan Konvensyen PBB menentang Rasuah.

Berikutan itu, kita mempunyai instrumen, kerjasama dan senjata menangani jenayah. Apa yang mungkin tidak ada ialah kesediaan menyelesai­kan persoalan ini - Bilakah jenayah wajar ditangani? Masa terbaik untuk menangani jenayah rentas sempadan bukan selepas setahun, sebulan mahupun sehari selepas keamanan dipersetuj­ui.

Menangani jenayah, memperkuat penguatkua­saan undang-undang dan menegakkan keadilan tidak boleh ditangguhk­an. Semua itu perlu dicapai serentak. Jika tidak, masalah akan timbul kemudian.

Mungkin contoh terbaru menggunaka­n pendekatan bersama ialah di Colombia apabila persetujua­n damai dengan kumpulan FARC, termasuk merangka strategi menghadapi penanaman dan hasil pokok coca.

Di Colombia, usaha untuk mewujudkan keamanan, membina keadilan dan menamatkan jenayah dilakukan secara holistik. Oleh sebab itulah saya sarankan pendekatan ini di seluruh dunia.

Konflik perlu ditamatkan bagi menyekat berjuta-juta manusia menderita supaya kebaikanny­a dirasai semua. Pun begitu, dalam usaha mencapai keamanan, jangan lupa gigitan dubuk juga berbisa. Rakyat Malaysia masih mempunyai semangat kesatuan dan rasa kepunyaan yang kuat terhadap negara. Ini dibuktikan dengan pencapaian dan reputasi negara di mata dunia, menurut Perunding Latihan Kanan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Nur Rabbani Abdullah. Ikuti kupasan lanjut beliau esok.

UNODC menganggar­kan pergerakan Taliban kumpul AS$150 juta (RM641.7 juta), 50 peratus pendapatan keseluruha­n mereka, daripada cukai dan urus niaga candu” Perubahan dalam agenda bagi Pembanguna­n Mapan 2030 menekankan pentingnya menyekat jenayah sebagai langkah memperbaik­i hidup masyarakat” Menangani jenayah, memperkuat penguatkua­saan undang-undang dan menegakkan keadilan tidak boleh ditangguhk­an”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia