Berita Harian

Bukan sifat Melayu khianati bangsa

-

Mesej utama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kelana Jaya, Ahad lalu, meminta ahli UMNO merampas Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Tagline yang digunakan ialah ‘KALI INILAH KITA AMBIL BALIK SELANGOR’ atau ‘JANGAN SAMPAI TALAK TIGA’. Naib Presiden UMNO itu juga mahu ahli UMNO berhenti bertelagah sesama sendiri, sebaliknya bersatu menyokong siapa sahaja yang menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 nanti.

Tagline yang digunakan ialah ‘CUKUP-CUKUPLAH BERTELAGAH’ dan ‘CUKUP-CUKUPLAH BEREBUT’.

Saya berada pada majlis itu dan meneliti setiap butir ucapan yang mendapat tepukan gemuruh kerana hadirin faham apa yang dimaksudka­n. Sebaliknya, kenyataan beliau mengenai asal usul Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi berita yang disensasik­an, terutama di media sosial.

Hilang akal apabila pemimpin sendiri dicuit

Ini termasuk penyokong UMNO sendiri yang selama ini gentar membuat kenyataan menyatakan sebarang sikap tidak betul Dr Mahathir apatah lagi membela Presiden UMNO.

Apa mesej yang hendak disampaika­n oleh Zahid ialah jangan peralatkan UMNO demi kepentinga­n diri sendiri. Setia pada parti. Zahid kata Dr Mahathir guna UMNO untuk kepentinga­n diri dan keluarga beliau.

Selepas dapat digunakan, beliau keluar UMNO dan jadi pembangkan­g. Malah, beliau bersekongk­ol dengan DAP, musuh ketatnya selama ini.

Zahid tidak hairan sikap Dr Mahathir sebegitu kerana Perdana Menteri yang memerintah Malaysia 22 tahun bukan asalnya orang Melayu tetapi keluargany­a dari Kerala, India.

Itu sahaja. Tetapi, apa yang terjadi ialah satu kejadian hiruk-pikuk dan keadaan tidak tentu arah dalam media sosial, terutama penyokong kuat Dr Mahathir atau mereka yang ingin mengambil kesempatan.

Mereka seolah-olah hilang akal kerana pemimpin mereka dicuit sedikit. Mereka menggunaka­n isu itu mendakwa Zahid menghina golongan mamak. Bukan begitu.

Mereka seterusnya menghina Zahid dan melabel beliau sebagai rasis dan pelbagai nama lagi.

Malah, ada juga pihak yang mengambil kesempatan dengan menyatakan bahawa Zahid tidak bijak dan Datuk Seri Hishammudd­in Hussein lebih baik jadi Timbalan Perdana Menteri.

Mereka silap kerana yang ditegur oleh Naib Presiden itu hanya hubungan kenyataan Dr Mahathir terhadap Melayu dengan sikapnya sekarang terhadap UMNO. Apa yang Zahid ingin tonjolkan ialah HABIS MADU SEPAH DIBUANG.

Politik kebencian mampu hancurkan negara

Ini bukan sifat orang Melayu apatah lagi menjadi pengkhiana­t. Malah, pemimpin dan parti yang disuruh ahli UMNO untuk menyelar mereka kini didakap dan ditatang. Ini bukan sifat Melayu.

Pasti ada sesuatu yang menyebabka­n Dr Mahathir berbuat demikian. Beliau bukan Melayu sejati dan ahli UMNO perlu faham. Itu sahaja.

Oleh itu, setiap pihak perlu bijaksana dalam meneliti setiap ucapan dan tidak membelasah membabi-buta. Seorang penulis khas dalam Facebook saya menyatakan keadaan di alam maya ini disebabkan ‘POLITIK KEBENCIAN’ disemaikan oleh pembangkan­g sejak dahulu lagi.

Menurutnya, politik kebencian yang ditanamkan oleh pembangkan­g sejak 2000 kini semakin subur dan mampu menghancur­kan negara ini.

Pendekatan politik sebegini yang menggunaka­n storyboard dan storyline berjaya mempengaru­hi rakyat sehingga mengubah keputusan PRU-12 dan PRU-13 di banyak kawasan yang ada kemudahan internet.

Pihak pembangkan­g menggunaka­n tagline seperti ‘BN RASUAH’ atau ‘BN AMALKAN KRONISME’ untuk menarik rakyat membenci dan menolak BN.

Sebab itu, tidak hairanlah apabila mereka mempunyai storyline dan tagline sedemikian mereka memperbesa­r-besarkan sesuatu isu rasuah membabitka­n pegawai kerajaan atau orang BN, terutama orang UMNO.

Minta maaf, alasan bergurau bila taktik tak menjadi

Sebaliknya jika orang pembangkan­g yang didakwa di mahkamah istilah yang selalu digunakan ialah kezaliman atau menghalang proses pembongkar­an penyelewen­gan.

Inilah yang dilakukan oleh pembangkan­g untuk meraih simpati rakyat sedangkan mereka mengamalka­n matlamat menghalalk­an cara.

Taktik untuk menyebarka­n maklumat tidak benar atau separuh benar ada kalanya akan diakhirkan dengan permintaan minta maaf atau menyatakan ia hanya gurauan semata-mata.

Begitu juga isu penyataan nama bekas Perdana Menteri, Ahad lalu oleh Zahid diputarbel­it demi mencapai matlamat membenci pemimpin kerajaan sepanjang masa.

Pembangkan­g dan konco-konconya tidak peduli kesan kepada usaha putar-belit itu tetapi yang penting rakyat terus membenci pemimpin kerajaan. Terus mual dan meluat.

Kenyataan mengenai nama atau asal usul ini bukan baharu kerana ia sudah dijaja oleh pemimpin pembangkan­g sejak dahulu lagi, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apa yang dinyatakan oleh Zahid ialah pemerhatia­nnya kepada bekas Perdana Menteri, iaitu Dr Mahathir sering menyalahka­n bangsa Melayu kerana beliau sendiri bukan orang Melayu.

Teguran kepada Dr Mahathir dan bukan orang lain. Tetapi, reaksi yang timbul seolah-olah serangan kepada sesuatu golongan. Katanya hanya Mahathir.

Oleh yang demikian sikapnya terhadap bangsa Melayu amat berbeza apabila selepas 22 tahun diberi peluang sebagai Perdana Menteri dan memimpin UMNO sanggup bersekongk­ol dengan pembangkan­g untuk menghancur­kan UMNO.

Ini bukan sifat orang Melayu kerana politik kebencian bukan nilai dan cara untuk orang Melayu mendapat kuasa. Melayu juga tidak akan menjadi pengkhiana­t.

 ?? [FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] ?? Zahid beramah mesra dengan orang ramai pada Majlis Perasmian Mesyuarat Penutup UMNO Bahagian Kelana Jaya di Petaling Jaya, Ahad lalu.
[FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] Zahid beramah mesra dengan orang ramai pada Majlis Perasmian Mesyuarat Penutup UMNO Bahagian Kelana Jaya di Petaling Jaya, Ahad lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia