Berita Harian

Parkir depan rumah dikompaun

Penduduk Taman Danau Kota kecewa masalah letak kenderaan di kawasan kediaman tidak selesai

- Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Kuala Lumpur

Ppenghuni unit kediaman bertingkat yang di tingkat bawah adalah unit komersial, mereka berhak untuk meletak kenderaan di ruang yang terdapat di sekitar kawasan kediaman itu.

Mereka juga tidak faham tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mewartakan tempat letak kenderaan (TLK) di kawasan kediaman itu yang diduduki penduduk sejak 20 tahun lalu, menyebabka­n mereka terpaksa membayar untuk meletak kenderaan, sedangkan ia adalah kawasan kediaman.

Tak halang lalu lintas

Wakil penduduk, Mohd Zaini Said, 61, berkata penduduk tidak berpuas hati kerana penghuni yang meletak kenderaan di lorong belakang kawasan kediaman itu yang tidak menghalang lalu lintas sebagaiman­a jalan utama, juga dikompaun.

Katanya, TLK kediaman bukan seperti TLK komersial kerana TLK komersial memang boleh dikenakan bayaran seperti di stesen transit aliran ringan (LRT).

“Bagaimanap­un, jika kita lihat, ada TLK di sesetengah pasar raya yang percuma, mengapa tidak di kawasan kediaman.

“TLK kediaman adalah keperluan asas terutama di bandar, sama seperti tandas dan dapur, yang tidak sepatutnya ada pihak tertentu mengaut keuntungan mudah dengan mengenakan bayaran.

“Orang ramai tidak mempertika­i TLK berbayar di bahu jalan utama yang sememangny­a untuk tujuan komersial, tetapi bukan di jalan kawasan kediaman dan lorong belakang,” katanya.

Mac lalu, Halaman Kota menyiarkan keluhan penghuni dan peniaga di kawasan perumahan berkenaan yang berasa tertekan apabila kenderaan mereka dikenakan kompaun termasuk kenderaan yang ditempatka­n selepas jam 6 petang, menyebabka­n mereka berasa seperti tiada hak langsung untuk meletak kenderaan.

Lebih malang dakwa penduduk, pengunjung medan selera DBKL dan enam rumah ibadat di kawasan berkenaan turut dikompaun walaupun singgah sekejap.

Menjawab isu ini Yayasan Wilayah Persekutua­n (YWP) pada April lalu berkata, pihaknya sedang berbincang dengan DBKL mengenai aduan penduduk kerana sewajarnya pemaju bangunan berkenaan menyediaka­n TLK untuk penghuni.

YWP memaklumka­n, pihaknya

 ?? [FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] ?? Kawasan rumah kedai di Jalan 2/23A Taman Danau Kota. Kebanyakan pemilik kedai tinggal di tingkat atas rumah kedai.
[FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] Kawasan rumah kedai di Jalan 2/23A Taman Danau Kota. Kebanyakan pemilik kedai tinggal di tingkat atas rumah kedai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia