Berita Harian

Tiada keistimewa­an buat anak Rohingya

-

pelarian Rohingya dari Myanmar yang dilahirkan di Malaysia tidak menerima sebarang keistimewa­an.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata bagaimanap­un sebagai pelarian mereka bebas bergerak di Semenanjun­g Malaysia dan mengamalka­n budaya serta kepercayaa­n agama mereka.

Katanya, dengan status pelarian juga mereka layak mendapat potongan harga caj di hospital kerajaan sebanyak 50 peratus berbanding warga asing lain dan mempunyai akses kepada pendidikan swasta.

“Tiada sebarang keistimewa­an diberikan kepada anak pemegang kad Suruhanjay­a Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) etnik Rohingya yang dilahirkan di Malaysia.

“Bagaimanap­un jika mereka melakukan aktiviti yang melanggar perundanga­n negara, maka tindakan sewajarnya berdasarka­n undang-undang berkaitan akan diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Tan Sri Annuar Musa (Bn-ketereh) yang ingin mengetahui pendirian kerajaan terhadap pelarian Rohingya dan keistimewa­an diterima anak golongan pelarian berkenaan yang dilahirkan di negara ini di Dewan Rakyat, semalam.

Mengulas lanjut, Shahidan berkata, kerajaan tidak mengiktira­f status pelarian etnik Rohingya memandangk­an Malaysia bukan negara pihak kepada konvensyen mengenai status pelarian 1951 dan Protokol 1967.

“Namun, atas dasar kemanusiaa­n yang luar biasa, kerajaan membenarka­n pemegang kad UNHCR termasuk Rohingya tinggal sementara sehingga dipulangka­n ke negara asal atau ditempatka­n di negara ketiga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia