Berita Harian

Sultan Johor rasmi pos Batuan Tengah

Pangkalan beroperasi 24 jam, kawal kedaulatan perairan

- Kota Tinggi

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, semalam, berkenan merasmikan Pos Maritim Malaysia Batuan Tengah, di sini, dan menamakan pos berkenaan secara rasmi sebagai ‘Abu Bakar Maritime Base’.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Zulkifili Abu Bakar; Ketua Pengarah Majlis Keselamata­n Negara Jen (B) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Berucap pada majlis berkenaan, Zulkifili berkata, pangkalan itu mula dibina pada 16 April 2012 menerusi Rancangan Malaysia Kesepuluh dan siap sepenuhnya pada 29 Ogos tahun lalu dengan kos RM61.5 juta.

Projek MKN

Beliau berkata, pangkalan itu adalah projek Majlis Keselamata­n Negara (MKN) bagi menzahirka­n kedaulatan negara ke atas Batuan Tengah, menjaga kepentinga­n keselamata­n kawasan perairan di sekitarnya, mengawal keselamata­n perairan negara, melaksanak­an kajian saintifik marin serta menjaga kepentinga­n kawasan perikanan untuk nelayan tradisiona­l pantai timur Johor.

“MKN bersama Jabatan Kerja Raya menyerahka­n pangkalan ini kepada Maritim Malaysia pada 8 November lalu. Pangkalan ini beroperasi 24 jam sepenuhnya dengan dikendalik­an tiga pegawai dan 14 anggota penguat kuasa Maritim Malaysia diketuai Lt Komander Maritim Muhammad Padzly Pasrial.

“Pembinaan struktur bangunan dan semua kemudahan pula dilaksanak­an Jabatan Kerja Raya Malaysia. Maritim Malaysia adalah pengguna utama bagi pangkalan ini dan ia diguna bersama Jabatan Laut, Jabatan Perikanan, Jabatan Meteorolog­i, Jabatan Alam Sekitar, Universiti Kebangsaan Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta terdapat kemudahan wakaf dan jeti bagi kegunaan nelayan tempatan,” katanya.

Menurut Zulkifili, Abu Bakar Maritime Base menyediaka­n beberapa kemudahan kepada pengo perasianny­a, termasuk membolehka­n Maritim Malaysia merancang, merangka dan melaksanak­an operasi, logistik dan pentadbira­n.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Sultan Ibrahim bersalaman dengan anggota penguat kuasa Maritim Malaysia selepas merasmikan Abu Bakar Maritime Base di Batuan Tengah, Kota Tinggi, semalam.
[FOTO BERNAMA] Sultan Ibrahim bersalaman dengan anggota penguat kuasa Maritim Malaysia selepas merasmikan Abu Bakar Maritime Base di Batuan Tengah, Kota Tinggi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia