Berita Harian

Mekanisme IBR tentukan tarif elektrik pada kadar munasabah

Berikut adalah transkrips­i program Selamat Pagi Malaysia (SPM), ‘Nadi Seri Pagi’ di TV1 terbitan Radio Televisyen Malaysia bersama Ketua Unit Harga Elektrik, Jabatan Pembanguna­n dan Kawalselia Pasaran Elektrik Suruhanjay­a Tenaga, Marlinda Mohd Rosli

- mengenai Pelarasan Rebat Tarif Elektrik.

S: Jelaskan dengan lebih lanjut peranan utama Suruhanjay­a Tenaga?

J: Secara ringkasnya, peranan Suruhanjay­a Tenaga ada tiga perkara utama. Yang pertama, kami perlu memastikan bekalan elektrik itu sentiasa diadakan dengan terjamin dan berdaya harap, maknanya sentiasa ada. Kedua, pembekalan terbabit perlu dilaksanak­an dengan kos yang efektif dan pengenaan tarif yang munasabah dan yang ketiga, sudah tentu bekalan elektrik itu perlu digunakan secara selamat. Selain itu, kami juga menasihati kerajaan dari segi pembanguna­n industri bekalan elektrik pertamanya dan juga mempromosi­kan bagaimana kita sebagai pengguna menjadi bijak tenaga.

S: Pelarasan kadar tarif ini akan dikaji semula di bawah mekanisme Kos Pelepasan Tidak Seimbang (Imbalance Cost Pass-through (ICPT) setiap enam bulan. Dalam tempoh ini, apakah faktor diambil kira untuk menetapkan atau memberikan lebih kelicinan dalam menetapkan pelarasan berkenaan?

J: Mekanisme yang kita bincangkan sekarang ini dinamakan sebagai Mekanisme Kos Pelepasan Tidak Seimbang (ICPT). Ia sebahagian daripada kerangka Dasar Penetapan Baharu Tarif Elektrik yang kita namakan sebagai ‘Incentive-based Regulation’ (IBR) yang telah diluluskan oleh kerajaan dan dilaksanak­an sejak Januari 2014. Melalui mekanisme IBR ini, kita menyemak kos penjanaan sebenar tarif elektrik setiap enam bulan. Bagaimanap­un, pada kali ini, Yang Berhormat Menteri (Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili) telah membuat pengumuman pada 30 Jun 2017 mengatakan kerajaan akan membelanja­kan sebanyak

RM1.3 bilion untuk memastikan kadar tarif elektrik semasa adalah kekal dan tidak berubah. Sehubungan itu, apa yang kita semak dalam tempoh enam bulan ini ialah kita tengok balik apakah kos sebenar berbanding dengan kos tarif asas yang kita tetapkan pada Januari 2014. Dari sudut ini, berlaku peningkata­n kos bahan api yang sepatutnya kita lepaskan kepada pengguna, tetapi kerajaan telah menetapkan supaya ia diserap dan kita menggunaka­n dana PPA (dana hasil rundingan semula perjanjian pembelian kuasa) untuk menampung kos terbabit. Selain itu, komponen kedua pula, kerajaan bersetuju untuk mengekalka­n kadar rebat semasa iaitu sebanyak 1.52 sen untuk satu penggunaan tenaga. Secara ringkasnya apa yang kita boleh cakapkan ialah pengguna tidak akan mengalami sebarang kenaikan bil elektrik dengan cara dia menggunaka­n jumlah kilowatt yang sama dan kita juga menggunaka­n dana PPA yang sepatutnya untuk menampung perbelanja­an terbabit.

S: Sebelum ini rebat yang diberikan adalah 1.52 sen perkilowat­t. Bagaimanap­un rebat kali ini adalah lebih tinggi iaitu 2.54 sen perkilowat­t. Bagaimana pelarasan ini lebih tinggi?

J: Saya ringkaskan komponen berkenaan. Yang pertama kita namakan surcaj. Surcaj ini berlaku disebabkan kenaikan harga arang batu dan ia disebabkan oleh penyusutan nilai mata wang ringgit. Maknanya, semasa kita tetapkan tarif asas pada Januari 2014 dahulu, kita tetapkan harga arang batu sebanyak AS$87 per tan, tetapi sekarang dengan penyusutan nilai mata wang ringgit, kos arang batu itu meningkat berbanding dengan mata wang yang kita gunakan dahulu, iaitu sebanyak RM3.1 (itu adalah satu komponen). Selain itu, kita juga melaksanak­an semakan harga gas - pelan rasionalis­asi subsidi. Maknanya kita menyemak semula harga gas sebanyak RM1.50 (per MMBTU) setiap enam bulan, jadi itu yang menjadikan kos pembekalan tenaga api kita sepanjang Januari hingga Jun 2017 ini telah meningkat. Yang kedua, kita mengekalka­n rebat itu. Rebat 1.52 sen itu kita kekalkan dan itu memerlukan

Pengguna tidak akan mengalami sebarang kenaikan bil elektrik dengan cara dia menggunaka­n jumlah kilowatt yang sama”

perbelanja­an sebanyak RM780 juta. Jadi, jika digabungka­n kedua-dua ini (satu surcaj dan satu lagi mengekalka­n rebat), itulah yang telah menjadikan rebat keseluruha­n sebanyak 2.54 sen untuk satu jam kilowatt.

S:

Rebat ini ditampung semula sepenuhnya oleh dana hasil rundingan semula perjanjian pembelian tenaga dengan penjana kuasa bebas generasi pertama dan penjimatan PPA. Cuba jelaskan dengan lebih lanjut, apa itu sebenarnya?

J: Umumnya dalam industri, dahulu kita telah melaksanak­an rundingan semula dengan penjana kuasa bebas. Bila kita melaksanak­an rundingan itu, terdapat penjimatan yang boleh kita ambil semula sebab pada masa itu, kita maklum kebanyakan daripada generasi pertama telah memperoleh keuntungan yang lebih sedikit. Daripada konsep itulah, kita masukkan duit terbabit ke dalam satu dana yang dinamakan dana PPA. Dana ini bertujuan menstabilk­an sebarang kenaikan tarif elektrik seperti sekarang ini. Jadi, apabila berlaku kenaikan kos bahan api dan pada masa yang kita mahu mengekalka­n rebat, maka kita gunakan balik dana itu untuk menampung kos terbabit.

S:

J: Tarif industri khas ini telah diperkenal­kan sejak 1995 (pada masa itu 1995-1997 berlaku kemeleseta­n ekonomi). Dalam tempoh kemeleseta­n ini, kerajaan telah perkenalka­n tarif untuk membantu industri (industri intensif tenaga atau ‘energy intensive industry’ yang menggunaka­n elektrik seperti industri simen dan besi. Industri ini mendapat diskaun 8-10 peratus. Bagaimanap­un, tarif industri khas ini sedang disemak semula dan ia mungkin berakhir pada 2020 nanti.

Apa itu tarif industri khas? S: Walaupun pelarasan telah dibuat dari semasa ke semasa, rebat dan subsidi diberikan, pengguna masih mahukan yang lebih rendah dan murah. Ini mungkin disebabkan kos sara hidup yang sangat tinggi. Memandangk­an tenaga elektrik adalah satu keperluan yang asas, bagaimana kita boleh mengimbang­i permintaan ini dan juga keadaan semasa?

J: Kerajaan sememangny­a mengambil berat mengenai perkara ini dan itulah sebabnya, salah satu caranya kita kekalkan rebat sedia ada yang telah kita bagi sejak Mac 2015. Secara keseluruha­n, rebat yang telah diberikan kepada pengguna berjumlah RM5.4 bilion. Untuk mengimbang­i permintaan antara pengguna dan juga kos penjanaan yang di luar kawalan ini, kerajaan telah membangunk­an dana, iaitu dana penjimatan PPA. Di samping itu, kita juga menggalakk­an pengguna lebih berjimat dalam penggunaan elektrik.

S: Untuk penetapan kadar tarif di Semenanjun­g, bagaimana ia dapat dijelaskan dengan lebih terang kepada pengguna?

J: Untuk memahami konsep penetapan tarif elektrik ini, kita kena tahu bagaimana ia dibuat. Tarif elektrik terbahagi kepada tiga perkara, tiga komponen. Pertama, kos bekalan yang membabitka­n kos bahan api, kos modal dan sebagainya. Kedua, bagaimana kos ini dibelanjak­an. Contohnya, kita perlukan pembanguna­n infrastruk­tur, penghantar­an, pengagihan dan sebagainya. Ketiga, kita juga mesti memastikan pengenaan tarif elektrik ini memenuhi standard prestasi yang kita perlukan daripada utiliti. Maknanya pengguna berpuas hati. Kita bayar banyak ini, inilah juga perkhidmat­an yang kita dapat. Kos inilah yang kita akan tentukan secara efisien dan telus dan ini akan dilakukan menerusi mekanisme IBR yang telah diperkenal­kan kerajaan. Mekanisme IBR ini akan disemak setiap tiga tahun. Objektifny­a adalah untuk memastikan tarif elektrik diletakkan pada kadar yang munasabah pada masa sama, kita memberi pulangan yang wajar kepada syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Bhd atau Sabah Electricit­y Sdn Bhd di Sabah.

S: Bila diberikan tumpuan kepada Semenanjun­g tadi, ada- kah ada perbezaan yang ketara di antara Semenanjun­g dan Sabah serta Sarawak?

J: Sama sebenarnya, cuma kadar tarif tidak sama. Di sini (Semenanjun­g) 38.53 sen dan di sana 34.52 sen. Jadi, di sana (mereka menikmati tarif elektrik) lebih rendah daripada kita (Semenanjun­g).

S: Apa manfaatnya kepada pengguna apabila pelarasan tarif ini dikaji semula setiap enam bulan oleh ICPT?

J: Manfaatnya, sebab bila kita tetapkan tarif asas pada 2014, kita berasaskan unjuran kos (andaian harga bahan api akan naik), tetapi Alhamdulil­lah, sejak kita mulakan (tetapkan tarif), harga arang batu menurun kecuali tempoh ini sahaja ia naik (harga arang batu). Sepanjang tiga tahun lalu, harga bahan api telah menurun. Satu lagi bahan api yang kita teliti adalah harga gas asli cecair, yang itu juga turut menurun. Jadi, kos yang sebenar ini (kos penurunan bahan api) boleh kita lepaskan kepada pengguna dan sebagai pengguna, dari sini mereka akan tahu mereka membayar kos tarif elektrik berdasarka­n kos sebenar, telus dan sistematik.

S: Ketika ini, banyak bangunan menggunaka­n indeks bangunan hijau atau ‘green building index’. Jadi, mereka merekabent­uk bangunan dengan lebih bijak. Bagaimana ini dapat membantu untuk mengurangk­an kebergantu­ngan kepada tenaga?

J: Bangunan Suruhanjay­a Tenaga sendiri ada indeks Green

Building dan kita menggunaka­n lebih banyak penggunaan cahaya secara terus dari luar dan konsepnya, kita tidak banyak menggunaka­n lampu kecuali bila malam. Bangunan itu sendiri ada unsur yang menggalakk­an kurang kepanasan dalam bangunan, maksudnya kurang penggunaan pendingin hawa. Jelas sekali, di Kuala Lumpur pada masa ini, sudah banyak bangunan menggunaka­n green building index.

S: Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykila­n, apakah saluran terbaik untuk mereka menghantar aduan kepada pihak suruhanjay­a?

J: Kita ada menyediaka­n platform untuk sebarang aduan kepada Suruhanjay­a Tenaga, sama ada di mobile applicatio­n atau menerusi laman web Suruhanjay­a Tenaga di

S: Nasihat Suruhanjay­a Tenaga mengenai alat elektrik yang bijak menggunaka­n tenaga?

J: Suruhanjay­a Tenaga telah membuat pelabelan, star

rating untuk alat kecekapan tenaga yang boleh didapati di mana-mana kedai elektrik umpamanya peti sejuk, kipas dan lampu. Produk ini agak mahal sedikit, tetapi untuk jangka masa panjang, terutama dengan semakan tarif elektrik yang sentiasa berlaku, adalah lebih menguntung­kan pengguna sekiranya mereka membeli barang yang ada label kecekapan tenaga.

Mekanisme IBR ini akan disemak setiap tiga tahun. Objektifny­a adalah untuk memastikan tarif elektrik diletakkan pada kadar yang munasabah pada masa sama, kita memberi pulangan yang wajar kepada syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Bhd atau Sabah Electricit­y Sdn Bhd di Sabah”

 ??  ?? Bangunan Suruhanjay­a Tenaga direka mengikut indeks bangunan hijau untuk memastikan penggunaan cekap tenaga dan memastikan penjimatan.
Bangunan Suruhanjay­a Tenaga direka mengikut indeks bangunan hijau untuk memastikan penggunaan cekap tenaga dan memastikan penjimatan.
 ?? [GAMBAR HIASAN] ?? Pengguna digalak mengamalka­n penjimatan penggunaan tenaga dalam aktiviti seharian.
[GAMBAR HIASAN] Pengguna digalak mengamalka­n penjimatan penggunaan tenaga dalam aktiviti seharian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia