Berita Harian

SMK Permatang Rawa terima wakaf sumbangan BH

Wakaf keempat sejak dilancar Februari untuk kemudahan pelajar

- Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar dan Siti Sofia Md Nasir

Akhbar BH menyampaik­an sumbangan sebuah wakaf kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Rawa, di sini, sempena sambutan Ulang Tahun BH Ke-60, pada satu majlis, semalam.

Sumbangan menerusi program ‘Wakaf BH’ itu mengambil signifikan daripada angka enam dengan BH menaja enam wakaf untuk sekolah terpilih di Selangor, Johor, Melaka, Pahang, Kelantan dan Pulau Pinang.

Majlis penyerahan wakaf itu disempurna­kan Pengarang Eksekutif Berita, Rencana dan Digital BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an dengan disaksikan Timbalan Pengerusi Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB), Datuk Mohd Faizal Daud serta Pengetua SMK Permatang Rawa, Mak Wan Sayang Md Nordin.

Ahmad Zaini ketika berucap pada majlis itu berkata, program Wakaf BH adalah sebahagian tanggungja­wab sosial korporat (CSR) BH untuk mendekati komuniti termasuk sekolah menerusi pelbagai program dianjurkan.

“Ini adalah wakaf keempat sumbangan BH selepas yang pertama pada Februari lalu di Kuala Selangor, Selangor; kedua pada Mei lalu di Kuantan, Pahang dan ketiga di Jasin, Melaka.

“Baki dua wakaf lagi akan diserahkan di dua sekolah terpilih di Kelantan dan Johor.

“Kami berharap sumbangan wakaf ini dapat dimanfaatk­an sebagai tempat menjalanka­n aktiviti luar darjah dan juga ruang menunggu serta berehat,” katanya.

Usaha BH dipuji

Sementara itu, Mohd Faizal, berkata pihaknya berbesar hati kerana dapat bekerjasam­a dengan BH dan memuji usaha akhbar ini membantu memastikan keperluan pelajar di kawasan pinggir bandar tidak terabai.

“Hasil perbincang­an awal bersama BH, kami tidak menolak kemungkina­n untuk meneruskan kerjasama seperti ini pada masa akan datang melalui pelbagai program berasaskan pendidikan kepada komuniti.

“Kebetulan juga misi YDAB selari dengan BH, iaitu sama-sama membantu pelajar di negara ini mendapat peluang pendidikan terbaik dan sempurna agar mereka mampu menjadi pemimpin pelapis pada masa hadapan,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Mak Wan Sayang berkata, Wakaf BH memberi suntikan semangat kepada pelajar sekolah itu hadir bagi melaksanak­an pelbagai aktiviti di situ.

“Saya ingin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada BH kerana sudi memilih sekolah kami sebagai penerima wakaf ini.

“Banyak kegunaan wakaf ini, antaranya ia akan dijadikan tempat untuk berbincang dan berbual, berikutan sekolah ini kekurangan ruang untuk berehat. Justeru, ini adalah nilai tambah terbaru kepada sekolah kami,” katanya.

 ??  ?? (Dari kiri) Ahmad Zaini, Mohd Faizal dan Mak Wan Sayang beramah mesra dengan pelajar SMK Permatang Rawa di wakaf sumbangan program Wakaf BH.
(Dari kiri) Ahmad Zaini, Mohd Faizal dan Mak Wan Sayang beramah mesra dengan pelajar SMK Permatang Rawa di wakaf sumbangan program Wakaf BH.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia