Berita Harian

Dua individu direman bantu siasatan

Empat suspek sudah direman berhubung pembelian hotel di Kensington, London, Sarawak

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

Dua individu ditahan reman semalam bagi membantu siasatan pembelian hotel di Kensington, London, dan Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporatio­n Sdn Bhd (FIC).

Perintah reman dikeluarka­n Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret di sini.

Pada sebelah pagi, bekas pegawai pengurusan kanan sebuah syarikat berusia 46 tahun direman empat hari bagi membantu siasatan pembelian sebuah hotel empat bintang di Kensington, antara 2013 dan 2015.

12 jam beri keterangan

Lelaki berkenaan ditahan pada jam 9.20 malam kelmarin di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, selepas hampir 12 jam memberi keterangan.

Dia adalah individu ketiga yang direman bagi kes berkenaan.

Terdahulu, suspek yang tiba di mahkamah pada jam 9.20 pagi dengan berkerusi roda, memakai baju lokap SPRM dengan tangan bergari.

Peguam suspek, Fahmi Abdul Muin, ketika ditemui berkata anak guamnya terpaksa berkerusi roda kerana mengalami masalah sakit tulang belakang dan otot.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16, Akta SPRM 2009.

Direman lima hari

Pada sebelah petang, seorang bekas pegawai khas sebuah agensi direman lima hari bagi membantu siasatan pembelian sebuah hotel di Kuching pada 2014.

Lelaki berusia 51 tahun itu ditahan jam 4 pagi semalam di ibu pejabat SPRM. Suspek adalah individu keempat yang direman berhubung pembelian hotel berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a), Akta SPRM 2009.

 ??  ?? Dua suspek dibawa pegawai SPRM keluar dari Mahkamah Majistret Putrajaya selepas direman bagi membantu siasatan pembelian hotel oleh agensi itu di London.
Dua suspek dibawa pegawai SPRM keluar dari Mahkamah Majistret Putrajaya selepas direman bagi membantu siasatan pembelian hotel oleh agensi itu di London.
 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ??
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia