Berita Harian

PFP lapor SPRM minta siasat isu anugerah palsu

-

Georgetown: Penang Front Party (PFP) membuat laporan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat kerajaan Pulau Pinang berhubung pembelian pengiktira­fan palsu Europe Business Assembly (EBA) oleh dua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu.

Laporan berkenaan dibuat Presidenny­a, Datuk Patrick Ooi di SPRM Pulau Pinang di sini, semalam, dengan mengemukak­an laporan siasatan antarabang­sa iaitu The Center for Investigat­ive Reporting of Serbia The Organised Crime and Corruption Reporting Project yang mendedahka­n kewujudan anugerah palsu.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Ooi berkata laporan itu bagi membolehka­n dan SPRM memulakan siasatan ke atas dua PBT yang menerima anugerah dan sijil daripada EBA pada 2013 dan 2014.

Tuntut penjelasan

Beliau turut menuntut Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi penjelasan sama ada wang pembayar cukai digunakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandara­n Seberang Prai (MPSP) bagi mendapatka­n anugerah itu.

“Kita menyerahka­n isu ini kepada SPRM untuk siasatan lanjut kerana sehingga hari ini kerajaan negeri tidak memberi sebarang penjelasan yang membuatkan penduduk Pulau Pinang tertanya-tanya.

“Guan Eng sepatutnya memberi penjelasan bagaimana keadaan ini berlaku dan tidak terus mengelak apabila ditanya mengenai isu ini bagi mengelak salah faham,” katanya.

Baru-baru ini, media mendedahka­n anugerah EBA yang diterima MBPP dan MPSP pada 2013 dan 2014 adalah anugerah yang ‘boleh dibeli.’

Berikutan itu, Datuk Bandar MBPP, Datuk Maimunah Mohd Sharif, mengakui kedua-dua PBT itu membayar RM39,088 sebagai yuran penyertaan bagi menerima anugerah dan pengiktira­fan daripada EBA.

Bayaran itu dibuat bagi melayakkan Majlis Perbandara­n Pulau Pinang (kini MBPP) dicalonkan menerima anugerah ‘The Best Cities’ dan The Best Municipal Managers pada 2013, manakala MPSP dicalonkan bagi anugerah Best City dan Best City Manager pada 2014.

 ?? [FOTO DANIAL SAAD/BH] ?? Patrick Ooi menunjukka­n laporan kepada SPRM supaya menyiasat kerajaan Pulau Pinang di Pejabat SPRM Pulau Pinang, Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown, semalam.
[FOTO DANIAL SAAD/BH] Patrick Ooi menunjukka­n laporan kepada SPRM supaya menyiasat kerajaan Pulau Pinang di Pejabat SPRM Pulau Pinang, Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia