Berita Harian

Dulu gaji RM800, kini RM5,000

Taraf hidup Orang Asli berubah selepas ikuti program PLKK

- Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my [FOTO ADNAN IBRAHIM/BH]

Keputusan menyertai satu program latihan kemahiran dan kerjaya anjuran Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), mengubah taraf hidup seorang pemuda Orang Asli yang kini berjaya memperoleh pendapatan lebih RM5,000 sebulan.

Muhd Aidil Arshad, 24, pemuda Suku Semai dari Kampung Chendriang, Tapah, Perak, sebelum itu hanya bekerja sebagai tukang masak dengan gaji asas hanya RM800 sebulan.

“Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya menjadi pembantu dapur dan tukang masak selama empat tahun,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Jelajah PLKK 2017 peringkat Johor, di sini semalam.

Beliau berkata, kehidupann­ya berubah selepas mengikuti Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) anjuran JAKOA di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Latihan dalam O&G

“Pada 2016, saya mengikuti Jelajah PLKK di Perak dan tertarik menyertai latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang minyak dan gas (O&G) ditawarkan sebuah syarikat di Seremban, Negeri Sembilan selama tiga bulan.

“Saya kemudian diserap menjalani latihan praktikal selama enam bulan dan selepas itu mendapat tawaran kerja dari sebuah syarikat penyediaan perkhidmat­an O&G di Pengerang, Kota Tinggi dengan gaji asas RM5,000,” katanya.

Muhd Aidil yang menjadi antara Ikon PLKK Orang Asli, bersyukur kerana program kemahiran bagi meningkatk­an taraf hidup generasi muda Orang Asli di negara ini amat bermanfaat kepada golongan belia sepertinya.

“Saya pun agak ragu-ragu mengikuti PLKK pada mulanya kerana sudah bekerja dan tak yakin mampu belajar lagi. Namun selepas menyertai PLKK, saya terus diserap bekerja. Ternyata keputusan itu tepat dan taraf hidup saya juga berubah,” katanya.

 ??  ?? Empat ikon masyarakat Orang Asli yang berjaya dalam kerjaya, (dari kiri) Rojeni Along, Mohd Aidil, Nur Haslina Asikin Khosim dan Fong Siu Yen bergambar selepas Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya Fasa 2 Masyarakat Orang Asli Negeri Johor Tahun 2017...
Empat ikon masyarakat Orang Asli yang berjaya dalam kerjaya, (dari kiri) Rojeni Along, Mohd Aidil, Nur Haslina Asikin Khosim dan Fong Siu Yen bergambar selepas Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya Fasa 2 Masyarakat Orang Asli Negeri Johor Tahun 2017...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia