Berita Harian

Serina, Salahuddin sah cerai talak satu

-

Petaling Jaya: Kontrovers­i rumah tangga pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan berakhir apabila beliau sah bercerai talak satu dengan suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, di sini, semalam.

Lafaz cerai dibuat suami Serina, Salahuddin Ghaffar atau Gavin Edward O’luanaigh yang juga ahli korporat di hadapan Hakim Syarie, Nurul Hidayah Jani, pada jam 10.49 pagi.

Serina, anak kepada chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, selaku plaintif memfailkan permohonan cerai pada 6 Disember lalu.

Salahuddin, 40, selaku defendan yang hadir bersama Peguam Syarie, Raihan Mustafa Kamal, bersetuju menceraika­n Serina, 34.

Mahkamah turut membenarka­n permohonan nusyuz yang difailkan defendan sebelum ini, ditarik balik.

Ketika ditanya Nurul Hidayah berhubung permohonan­nya, Serina yang diwakili Peguam Syarie, Zulkifli Che Yong, memaklumka­n tiada lagi persefaham­an di antara mereka yang juga tinggal berasingan sejak dua tahun lalu.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Salahuddin dan Serina, masing-masing memberitah­u mereka berpisah secara baik dan akan bersama-sama menjaga dua anak.

Pasangan berkenaan yang bernikah pada 1 Januari 2010, dikurniaka­n dua cahaya mata, Isabella Saffiya, 5, dan Tristan Tareef, 6.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memberikan hak penjagaan kekal dua anak mereka kepada Salahuddin berdasarka­n syarat dan terma lawatan yang dipersetuj­ui bersama.

 ?? [FOTO HALIM SALLEH/BH] ?? Serina bersama peguamnya keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, selepas perbicaraa­n, semalam.
[FOTO HALIM SALLEH/BH] Serina bersama peguamnya keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, selepas perbicaraa­n, semalam.
 ??  ?? Salahuddin Ghaffar
Salahuddin Ghaffar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia