Berita Harian

YBR sedia platform mantapkan prestasi

Calon UPSR perlu timba banyak ilmu pada Seminar Didik Rakyat

- Oleh Mohd Sah Muda

Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu sentiasa menanamkan keazaman tinggi dan melakukan persediaan rapi menjelang peperiksaa­n penting itu yang hanya berbaki kira-kira sebulan lagi.

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Mersing, Jamaluddin Sahran, berkata komitmen padu itu wajar digalas setiap calon dengan sebaiknya terutama untuk membantu mereka mencipta pelbagai kejayaan membanggak­an pada masa hadapan.

Beliau berkata, lebih penting lagi murid juga perlu merebut peluang yang ada dengan menimba sebanyak mungkin ilmu bagi membantu mereka menjawab peperiksaa­n sebenar kelak.

“Apabila memiliki keazaman yang kuat dan cita-cita tinggi, secara tidak langsung membolehka­n kita untuk menempuh segala cabaran yang datang tanpa rasa gentar.

“Sekiranya kita berjaya memperoleh keputusan 6A, maka peluang bagi melanjutka­n pelajaran seperti ke sekolah berasrama penuh (SBP) terbuka luas seterusnya membolehka­n pelbagai kejayaan dicipta,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Didik Rakyat UPSR anjuran Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama BH, di Politeknik Mersing, barubaru ini.

Yang turut hadir ialah Pengurus Bahagian Pentadbira­n dan Sumber Manusia YBR, Mohd Fauzi Md Fadzil dan Penolong Pengurus Bank Rakyat Cawangan Mersing, Sahrul Shamsudin.

Manfaatkan pendedahan

Seminar sehari itu bertujuan memberi pendedahan mengenai panduan berkesan bagi menjawab soalan peperiksaa­n sebenar dengan lebih menyeluruh kepada calon.

Sementara itu, Mohd Fauzi berkata, peserta perlu memanfaatk­an ilmu diperoleh daripada seminar itu dengan sebaiknya.

“YBR komited dalam menyediaka­n platform yang berupaya membantu murid memantapka­n lagi penguasaan akademik mereka. Harapan saya hanya satu iaitu untuk melihat semua murid yang hadir ini mendapat semua A dalam peperiksaa­n UPSR nanti,” katanya.

Bagi murid Sekolah Kebangsaan (SK) Peta, Hasmawizam Aslan, seminar itu adalah platform terbaik untuk menjawab soalan UPSR dengan cemerlang.

“Terima kasih kepada YBR kerana menganjurk­an program ini yang memberi teknik mudah bagi menjawab soalan UPSR,” katanya.

Murid SK Pusat Air Tawar Endau, Nur Aimi Nabihah Ali, berkata beliau memperoleh banyak panduan berguna sebagai persiapan menghadapi UPSR tidak lama lagi.

“Kali pertama saya menyertai seminar seumpama ini yang banyak memberi pendedahan menjawab soalan serta panduan menghadapi UPSR,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD SAH MUDA/BH] ?? Jamaluddin (tengah) bersama-sama peserta Seminar Didik Rakyat UPSR di Politeknik Mersing, baru-baru ini.
[FOTO MOHD SAH MUDA/BH] Jamaluddin (tengah) bersama-sama peserta Seminar Didik Rakyat UPSR di Politeknik Mersing, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia