Berita Harian

‘Jom Settle’ ringan bebanan bayaran pinjaman

-

Kuala Lumpur: Seramai 1,235 graduan yang mendapat Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat (YBR) disaran merebut peluang keemasan dengan potongan pembayaran semula pinjaman sehingga 50 peratus bagi penyelesai­an penuh mengikut terma dan syarat yang ditetapkan sempena dengan Sambutan 10 Tahun YBR.

Pengurus Besar YBR, Norashikin Shaharudin, berkata kempen ‘Jom Settle’ yang dilancarka­n ini adalah inisiatif YBR dalam usaha untuk memperting­katkan taraf pendidikan rakyat Malaysia yang kurang berkemampu­an tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan serta meningkatk­an taraf sosioekono­mi menerusi pendidikan.

“Pemberian diskaun sehingga 50 peratus ini layak diterima graduan bermula 1 April 2017 hingga 30 September 2017.

“Selaras dengan insentif itu, YBR menjangkak­an peningkata­n pembayaran balik pembiayaan serta dapat memberi peluang kepada lebih ramai pelajar mendapatka­n pembiayaan pengajian,” katanya dalam suatu kenyataan media, di sini, baru-baru ini.

Inisiatif YBR

Pembiayaan itu adalah pinjaman pendidikan boleh ubah yang mana pembayaran balik dikenakan berdasarka­n purata nilai gred kumulatif (CGPA) akhir pelajar.

PPBU adalah antara alternatif bagi pelajar mendapatka­n sumber bantuan kewangan bagi mereka melanjutka­n pengajian sama ada di universiti awam (UA) mahupun institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Beliau berkata, melalui kempen itu, graduan dapat meringanka­n beban hutang yang ditanggung serta memberi peluang mendapatka­n penguranga­n ke atas jumlah pembiayaan pengajian mereka.

“PPBU dilancarka­n sejak tahun 2008 dan sehingga ini seramai 3,347 pelajar mendapat penajaan dengan nilai keseluruha­n mencecah RM93 juta,” katanya.

 ??  ?? Norashikin Shaharudin
Norashikin Shaharudin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia