Berita Harian

IP Kreatif promosi bakat kreatif tempatan

-

Iskandar Puteri: Program Iskandar Puteri Kreatif (IP Kreatif ) 2017 anjuran UEM Sunrise Bhd menjadi antara platform penting mempromosi­kan lokasi itu sebagai hab inovasi dalam sektor kreatif yang semakin berkembang di negara ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif UEM Sunrise, Anwar Syahrin Abdul Ajib, berkata program dianjurkan kali kedua itu mempamerka­n seni kreativiti dan inovasi bakat tempatan dari seluruh negara.

Pelbagai aktiviti

Katanya, program sempena Festival Idea Johor itu menampilka­n pelbagai aktiviti antaranya perbincang­an kreatif dan bengkel, sesi perbincang­an teknologi, percambaha­n minda, pemasangan model interaktif dan persembaha­n muzik.

“IP Kreatif menyediaka­n platform inisiatif dan bakat untuk anak tempatan mempamerka­n serta berkongsi idea, sekali gus menyokong objektif yang lebih luas untuk bekerjasam­a secara kreatif serta pertukaran idea inovatif di Iskandar Puteri,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Anwar Syahrin berkata, program itu mencatatka­n kejayaan tersendiri, terutama sebagai alternatif dalam menyediaka­n kualiti hidup yang lebih baik di Iskandar Puteri.

“Sebagai pemaju induk Iskandar Puteri, kami bangga dapat membantu komuniti di sini menerusi IP Kreatif 2017 dengan format lebih kreatif daripada festival konvension­al untuk mempamerka­n pelbagai seni, teknologi dan juadah di Malaysia,” katanya.

Program turut diserikan Pameran Teknologi Kreatif oleh 20 anak muda tempatan selain kumpulan muzik tempatan antaranya ska-punk outfit Skudap Skudip, Nusantara-flavoured psychedeli­c rockers Pitahati, retro-pop ensemble Masdo dan kumpulan legenda rock berasal dari Johor, iaitu Febians.

 ?? [FOTO IHSAN UEM SUNRISE] ?? Antara aktiviti Program Iskandar Puteri Kreatif 2017 anjuran UEM Sunrise Bhd yang dipersemba­hkan kepada pengunjung di Iskandar Puteri, semalam.
[FOTO IHSAN UEM SUNRISE] Antara aktiviti Program Iskandar Puteri Kreatif 2017 anjuran UEM Sunrise Bhd yang dipersemba­hkan kepada pengunjung di Iskandar Puteri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia