Berita Harian

100 penduduk gotong-royong laksana Jalinan Ukhuwah Jcorp

-

Simpang Renggam: Lebih 100 penduduk Kampung Baru, Machap, dekat sini menyertai gotong-royong bersama kakitangan Johor Corporatio­n (Jcorp), bagi mengecat Balai Islam dan membaik pulih dua rumah warga tua.

Aktiviti gotong-royong itu diadakan sempena Program Jalinan Ukhuwah Jcorp, selain turut diadakan program catur dan cilik bestari membabitka­n 150 pelajar dari 12 sekolah, juga program Semarak Jawi dan penyampaia­n anugerah Projek Tuisyen Jcorp daerah Kluang.

Bagi memberi peluang orang ramai berwakaf, pameran dan kaunter langganan Waqaf Saham Larkin Sentral turut diadakan, bertujuan membiayai pembanguna­n naik taraf dan baik pulih Bangunan Terminal Pengangkut­an dan pasar awam, pembelian tanah dan pembinaan tempat letak kereta bertingkat.

Demi keselesaan penduduk

Pegawai Perhubunga­n Kariah Jcorp, Shahruni Aslam, berkata perasmian program itu disempurna­kan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Taib Abu Abu Bakar.

Katanya, menerusi penambahba­ikan Balai Islam itu, ia sekali gus memberi kemudahan selesa kepada penduduk, selain tempat berkumpul dan aktiviti riadah masyarakat setempat.

“Sejak awal tahun ini, sebanyak empat siri program Jalinan Ukhuwah dilaksanak­an di seluruh Johor bertujuan membantu masyarakat, selain mengeratka­n hubungan antara kakitangan Jcorp dengan masyarakat setempat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia