Berita Harian

Pekan Rabu mini di R&R

8 gerai tawar pelbagai makanan tradisiona­l di kawasan rehat Gurun arah Selatan

- Oleh Nur Syazwana Mansor

Orang ramai yang tidak berkesempa­tan berbelanja di Pekan Rabu, Alor Setar, kini berpeluang membeli-belah di Pekan Rabu mini yang diwujudkan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gurun arah selatan, Lebuh Raya Utara-selatan.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Berhad, Mohamad Fuad Khusairi, berkata inisiatif mewujudkan kemudahan itu adalah untuk memudahkan pengguna lebuh raya yang tidak dapat singgah ke Pekan Rabu yang menjadi antara destinasi wajib untuk dikunjungi sekiranya berkunjung ke utara tanah air.

Tingkat industri pelanconga­n

Katanya, konsep Pekan Rabu mini juga boleh memeriahka­n kawasan R&R sekali gus meningkatk­an lagi industri pelanconga­n di kawasan utara.

“Kami pilih R&R Gurun arah Selatan kerana ia adalah kawasan R&R pertama dari arah utara menuju ke selatan, selepas hampir dua jam menempuh perjalanan dari utara.

“Sudah pasti pengunjung dapat berhenti rehat dan dalam masa sama, dapat membeli-belah di Pekan Rabu mini ini yang dibuka sejak dua bulan lalu.

“Terdapat lapan gerai yang menawarkan pelbagai kuihmuih dan makanan tradisiona­l Kedah seperti ikan masin, pekasam, keropok, kuah rojak serta kuih bahulu dengan harga berpatutan, sama seperti di Pekan Rabu Alor Setar,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Pekan Rabu mini di R&R Gurun arah selatan, di sini, kelmarin.

Majlis perasmian disempurna­kan Ketua Setiausaha Kementeria­n Kerjaraya, Datuk Seri Zohari Akob.

Mohamad Fuad berkata, inisiatif itu juga secara tidak langsung membuka peluang kepada peniaga kecil untuk berniaga di R&R PLUS malah membantu meningkatk­an sosioekono­mi mereka melalui pemasaran produk secara komersial.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata, PLUS sudah melahirkan 500 usahawan yang berniaga di 71 kawasan R&R serta hentian di sepanjang rangkaian lebuh raya PLUS.

“Kami juga berjaya mewujudkan sebanyak 5,500 peluang pekerjaan untuk penduduk sekitar sama ada menerusi peluang perniagaan, pembantu gerai, kakitangan penyelengg­araan mahupun penghasila­n produk,” katanya.

“Berdasarka­n rekod, sebanyak 34 peratus daripada keseluruha­n gerai yang beroperasi di R&R PLUS adalah gerai makanan, 28 peratus gerai minuman, 19 peratus gerai buahbuahan manakala 19 peratus lagi adalah gerai menjual produk kraf tangan dan barangan lain,” katanya.

 ?? [FOTO NUR SYAZWANA MANSOR/BH] ?? Zohari (kanan) meninjau barangan yang dijual di Pekan Rabu Mini R&R, Gurun arah Selatan lebuh raya PLUS.
[FOTO NUR SYAZWANA MANSOR/BH] Zohari (kanan) meninjau barangan yang dijual di Pekan Rabu Mini R&R, Gurun arah Selatan lebuh raya PLUS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia