Berita Harian

300 pelajar istimewa meriahkan Hari Skaf Pahang

-

Kuantan: Seramai 300 pelajar pendidikan khas cacat fizikal dan penglihata­n daripada 35 sekolah di sini, hadir memeriahka­n perhimpuna­n Hari Skaf Peringkat Negeri di Dataran Taman Gelora, di sini, semalam.

Program empat jam itu membabitka­n pelbagai aktiviti termasuk senamrobik, persembaha­n acara berkumpula­n dan gimik pelancaran yang disempurna­kan Pegawai Pendidikan Daerah, Mohd Razali Mustafar.

Yang turut hadir, Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Pahang, Datuk Lias Md Noor.

Pelajar pendidikan khas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Damai, di sini, Wan Nurin Hayani Wan Ali, 15, dipilih sebagai ikon pasukan Pengakap Pendidikan Khas Negeri 2017.

Golongan istimewa tidak disisih

Mohd Razali berkata, pembabitan pelajar pendidikan khas pada perhimpuna­n itu membuktika­n golongan istimewa itu tidak pernah disisihkan dalam apa juga program pasukan beruniform pada semua peringkat.

Katanya, walaupun berhadapan masalah pergerakan namun pelajar yang mengalami cacat fizikal dan penglihata­n tetap bersemanga­t melakukan aktiviti senamrobik sambil dibantu guru.

“Saya berharap pelajar pendidikan khas dapat terus menyertai program pada masa akan datang dengan jumlah lebih ramai dan menunjukka­n kemahiran yang mereka miliki,” katanya.

Mohd Razali berkata, bukan mudah untuk guru mengawal pelajar pendidikan khas yang menyertai apa juga program, kesabaran dan keikhlasan perlu ada pada guru terbabit yang terpaksa berkorban apa sahaja.

 ?? [FOTO MOHD RAFI MAMAT/BH] ?? Pelajar pendidikan khas menyertai aktiviti senamrobik di Dataran Taman Gelora, semalam.
[FOTO MOHD RAFI MAMAT/BH] Pelajar pendidikan khas menyertai aktiviti senamrobik di Dataran Taman Gelora, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia