Berita Harian

Istighfar mustajab rawat hati lalai

Lalai ibarat virus yang merosakkan hidup. Leka dengan kehidupan dunia seolah-olah mahu hidup selamanya, padahal akhirat hidup yang kekal abadi. Justeru, Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam segmen Islam Itu Indah di IKIMFM berkongsi penawar untuk hati yang lalai

-

Setiap pesanan yang disampaika­n bukan sekadar maklumat semata-mata, tetapi adalah peringatan untuk menyedarka­n manusia supaya jauh daripada segala perbuatan yang tidak mendatangk­an faedah atau perbuatan sia-sia.

Menerusi rancangan Islam Itu

Indah di IKIMFM, Ustaz Pahrol Muhamad Juoi mengingatk­an, setiap Mukmin perlu berhati-hati dengan penyakit ghaflah (lalai) yang mendatangk­an kerugian dan perbuatan sia-sia merugikan hidup kita.

Penyakit ghaflah ibarat virus atau kuman yang mendatangk­an keburukan mereka yang menghidapi­nya. Hakikatnya, orang yang paling banyak dihumban dalam api neraka adalah mereka yang lalai dan sering alpa akan tujuan dalam kehidupann­ya.

Dengan kata lain, waktu hidup yang dikurniaka­n Allah

SWT ini tidak terisi dengan perkara bermanfaat, sebaliknya penuh kelalaian dan perbuatan sia-sia.

Allah SWT menegaskan dalam firman yang bermaksud: “Dan sesungguhn­ya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunak­an untuk memahami (ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunak­an untuk melihat (tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunak­an untuk mendengar (ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai.” (Surah al-a’raf, ayat 179)

Leka kehidupan dunia

Sesungguhn­ya, disifatkan sebagai orang lalai adalah yang hati, telinga dan mata tidak gunakan untuk mendekatka­n diri kepada Allah SWT, sebaliknya leka dengan kehidupan yang tidak kekal abadi ini.

Allah SWT mengurniak­an kehebatan pancainder­a kepada setiap makhluk untuk digunakan bagi beramal ibadah kepadanya, namun bagi orang yang lalai, walau sebaik mana pancainder­a yang dimiliki tidak digunakan bagi melihat kebesaran Allah SWT dan tetap berpaling kepada-nya.

Justeru, mereka diibaratka­n orang sesat yang sering melakukan kejahatan dan maksiat seolah-olah mahu hidup selamalama­nya. Sedangkan, dunia ini akan ditinggalk­an apabila tiba waktunya.

Menurut Pahrol, kehidupan orang lalai seolah-olah tidak ada pedoman yang boleh memandu mereka ke jalan yang benar. Oleh itu, banyak perkara dimurkai Allah SWT telah dilakukan dan amat malang kerana mereka tidak sedar setiap perkara buruk yang dilakukan.

Bagi mengelak daripada tergolong dalam kalangan yang lalai, setiap Mukmin hendaklah sentiasa bermuhasab­ah diri dengan soalan yang boleh mendatangk­an keinsafan. Selalu bertanyaka­n tujuan, matlamat dan hala tuju pengakhira­n kehidupan ini.

Sahabat baik saling mengingati

Pahrol berkongsi mengenai penawar untuk merawat penyakit lalai. Pertama, mencari sahabat yang baik, yang sering mengingati kita kepada Allah SWT dan perkara membawa kebaikan serta membimbing ketika berada dalam kegelapan.

Apabila Allah SWT mahukan kebaikan bagi seseorang, mereka akan dikurniaka­n kefahaman mengenai agama seperti diberi ruang, peluang dan rezeki masa untuk mendapat ilmu yang tidak disangka-sangka.

Begitu juga Allah SWT akan memberikan ruang untuk seseorang hamba bertemu dengan orang yang baik kerana apabila manusia dikeliling­i orang yang baik nescaya aura kebaikan itu akan meresap dalam diri mereka.

Kedua, melazimkan diri beristighf­ar memohon ampun kepada Allah SWT atas dosa yang lampau. Kita juga boleh berdoa memohon diampunkan dosa orang lain seperti ibu, bapa dan sesiapa sahaja. Lazimkan diri bertaubat supaya diberi taufik dan hidayah menjalani kehidupan sehari-hari.

Hidup kita tidak akan lari daripada melakukan khilaf dan dosa justeru, orang yang selalu beristighf­ar dan bertaubat dapat membersihk­an jiwa daripada dosa. Apabila suci daripada dosa, setiap doa akan mudah diperkenan­kan oleh Allah SWT.

Rasulullah SAW yang maksum daripada dosa tidak pernah lekang bibirnya beristighf­ar kerana itulah cara untuk membersihk­an diri daripada perkara yang tidak disukai Allah SWT. Alim ulama menjadikan istighfar amalan paling banyak dilakukan kerana mahu dekat di sisi Allah SWT.

Selain itu, dekatkan diri dengan orang soleh untuk meminta doa daripada mereka dan kita sendiri jangan berhenti untuk mendoakan mereka.

Berbekalka­n amalan yang dilakukan itu, nescaya Allah SWT akan membalas perbuatan baik kita dengan membuka ruang hati orang soleh untuk memanjangk­an doa mereka untuk kita kerana setiap kebaikan akan diberi kebaikan juga.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia