Berita Harian

Urutan tradisiona­l Melayu, bekam tarik minat dunia

Ahli terapi antarabang­sa iktiraf, tunjuk minat belajar keunikan khidmat spa tempatan

- Oleh Syalikha Sazili

Keunikan teknik, kesempurna­an urutan dan kepelbagai­an rawatan tradisiona­l Melayu yang ditawarkan oleh ahli terapi di pusat kecantikan, serta spa tempatan berjaya mengangkat nama negara ke peringkat antarabang­sa.

Siapa sangka kaedah rawatan yang biasa dijalankan di pusat spa seperti urutan tradisiona­l Melayu, kaedah berbekam dan rawatan post natal membuatkan ahli terapi kecantikan dari luar negara mahu mendalami ilmu berkenaan.

Pengalaman 17 tahun dalam industri spa kecantikan, Pengarah Yoyoy Kamphora, Nurul Huda Saparudin, 33, sering mendapat permintaan untuk mengajar ilmu kecantikan dan kesihatan di luar negara.

Kehebatan rawatan Melayu

Beliau yang sering mengatur kelas dan bengkel bagi rawatan tradisiona­l ini percaya kehebatan rawatan Melayu, khususnya dalam membantu mengembali­kan tenaga, menyembuhk­an penyakit, meningkatk­an tahap kesihatan serta kecantikan.

“Jika kebiasaann­ya saya mengajar untuk ahli terapi tempatan, namun sejak kebelakang­an ini terdapat permintaan daripada peserta luar negara.

“Pendedahan terhadap rawatan tradisiona­l Melayu dilihat semakin meluas, sekali gus menyumbang dan berkongsi ilmu berkaitan industri itu pada peringkat global,” katanya mewarisi ilmu terbabit daripada ‘orang lama.’

Sejak tahun lalu, Nurul Huda ke Dubai, London dan Sydney untuk mengajar kemahiran mengurut.

Rata-rata ahli terapi di sana gemarkan teknik post natal yang diajar menggunaka­n modul yang disediakan selama seminggu.

“Bukan semua masyarakat mengamalka­n teknik penjagaan kesihatan secara tradisiona­l selepas bersalin. Masyarakat Melayu kaya dengan warisan nenek moyang yang amat menitikber­atkan perkara ini.

“Amalan penjagaan makanan, berurut, penggunaan pelbagai jenis herba dan banyak lagi pantang larang membantu merawat kesihatan dan kecantikan wanita. Mereka yang mengikuti amalan rawatan tradisiona­l itu selalunya kelihatan lebih segar, sihat dan cantik.

“Jika saya mengajar di luar negara, kebiasaann­ya untuk individu sahaja. Justeru, saya akan sediakan modul untuk mengajar. Mereka lebih gemar mengikut kursus rawatan selepas bersalin, urutan tradisiona­l Melayu dan berbekam,” katanya.

Setakat ini, beliau dimaklumka­n rawatan terbabit mendapat maklum balas positif di luar negara.

Nurul Huda berkata, keunikan rawatan Melayu ialah menggunaka­n bahan semula jadi seperti halia, kunyit, cengkih dan kayu manis yang mempunyai khasiat tersendiri terhadap sistem tubuh.

Raih pendapatan lumayan

Sekiranya ahli terapi tempatan rajin dan pandai mengambil peluang, khususnya dalam mendalami ilmu ini mereka mampu memperoleh pendapatan lumayan.

“Kursus yang saya jalankan di luar negara ditaja sepenuhnya oleh mereka yang mahu mempelajar­i ilmu ini. Ini termasuk tempat tinggal dan tiket penerbanga­n. Justeru, saya ke luar negara bukan sahaja dapat meluaskan ilmu terapi Melayu tetapi juga mampu menjana pendapatan lebih,” katanya.

Beliau berbangga apabila orang asing mengiktira­f dan berminat mempelajar­i rawatan tradisiona­l meskipun banyak perubatan dan peralatan moden diperkenal­kan.

“Mereka datang dari negara maju yang hebat dari segi rawatan perubatan, tetapi mereka memilih rawatan kita kerana yakin ia memberi manfaat yang berbeza,” katanya.

Pendedahan terhadap rawatan tradisiona­l Melayu dilihat semakin meluas, sekali gus menyumbang dan berkongsi ilmu berkaitan industri itu pada peringkat global” Nurul Huda Saparudin, Pengarah Yoyoy Kamphora

 ??  ??
 ??  ?? Nurul Huda (kanan) bergambar bersama pelajarnya di Sydney, Australia.
Nurul Huda (kanan) bergambar bersama pelajarnya di Sydney, Australia.
 ??  ?? Nurul Huda (kiri) memberi penerangan model rawatan tradisiona­l Melayu kepada pelajarnya.
Nurul Huda (kiri) memberi penerangan model rawatan tradisiona­l Melayu kepada pelajarnya.
 ??  ?? Nurul Huda (kanan) memberi tunjur ajar membuat rawatan bekam.
Nurul Huda (kanan) memberi tunjur ajar membuat rawatan bekam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia