Berita Harian

Imperialis­me budaya Barat punca konflik serumpun

‘Percakaran’ rakyat negara jiran cabaran jayakan peradaban Melayu

- Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bh.com.my

Penjajahan dan imperialis­me budaya oleh Barat menjadi punca ‘percakaran’ rakyat negara serumpun, Indonesia dengan Malaysia, sekali gus menjadi cabaran besar dalam menjayakan peradaban Melayu.

Apa yang berlaku antara Indonesia dengan Malaysia menunjukka­n bagaimana negara serumpun ini tidak bersatu seperti disorot pada Wacana Memartabat­kan Warisan dan Peradaban Melayu: Gagasan dan Cabaran di Universiti Islam Malaysia (UIM) di sini.

Pensyarah Leiden Institute for Area Studies (LIAS) di Universiti Leiden, Dr S Suryadi, berkata senario dunia Melayu moden hari ini menunjukka­n bagaimana kita sudah sekian lama terpisah oleh batas negara bangsa.

“Dunia Melayu hari ini masih terpisah disebabkan batas negara bangsa dan ia bukan sahaja menyebabka­n sukar berlakunya kerjasama antara negara, malah menyebabka­n energi dan sumber daya manusia kita tidak dapat bersatu.

“Apa yang berlaku dalam hubungan negara rumpun Melayu ini tidak hanya melemahkan bangsa Melayu, malah menjejaska­n kesetiakaw­anan, sekali gus menjadi menghalang penyatuan bangsa Melayu.

“Kerumitan hubungan Malaysia-indonesia yang menjadi tulang belakang peradaban Melayu ini turut dikaji sarjana luar, termasuk sarjana Australia, Marshall Clark,” katanya.

Dr S Suryadi,

Pensyarah Leiden Institute for Area Studies, Universiti Leiden

Yang turut hadir, Presiden UIM, Tan Sri Mohd Yusoff Mohd Noor; Ketua Pengajian Warisan dan Peradaban UIM, Tan Sri Prof Dr Abdul Latiff Abu Bakar dan Penyelidik Kanan Royal Institute of Linguistic­s and Antropolog­y Leiden (KITLV), Willem van der Molen.

Kesan penaklukan Barat

Suryadi berkata, antara lainnya keterpisah­an ini disebabkan oleh Barat yang mempelajar­i sifat dan kebudayaan Melayu, lalu menjadikan­nya ‘senjata’ bagi menyebabka­n konflik sesama Melayu.

“Penaklukan Barat melalui aspek budaya terhadap alam Melayu berabad yang lalu membawa banyak impak buruk terhadap bangsa Melayu itu sendiri.

“Mereka mengerahka­n sarjana mereka untuk mempelajar­i kebudayaan dan karakter orang Melayu, manakala Universiti Leiden di Belanda yang wujud pada 1575 misalnya adalah antara think

tank kolonialis­me Belanda di Indonesia dalam abad ke-19 hingga awal abad ke-20.

“Dunia Melayu kini sudah bebas daripada imperialis­me konvension­al itu, tetapi kita berdepan pula dengan imperialis­me budaya yang kesannya lebih teruk dari imperialis­me ketenteraa­n yang berlaku pada masa lampau,” katanya.

Bagi memperbaik­i keadaan ini, kata Suryadi, Malaysia dan Indonesia perlu memikirkan bagaimana warisan Melayu serumpun yang ketara dan tidak ketara dapat dipertahan­kan supaya dapat diwariskan kepada generasi bangsa Melayu masa kini serta seterusnya.

Dunia Melayu kini sudah bebas daripada imperialis­me konvension­al itu, tetapi kita berdepan pula dengan imperialis­me budaya yang kesannya lebih teruk dari imperialis­me ketenteraa­n yang berlaku pada masa lampau”

 ?? [FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] ?? Suryadi (dua dari kanan) pada Wacana Memartabat Warisan dan Peradaban Melayu di Universiti Islam Malaysia, Cyberjaya.
[FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] Suryadi (dua dari kanan) pada Wacana Memartabat Warisan dan Peradaban Melayu di Universiti Islam Malaysia, Cyberjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia