Berita Harian

Guru cemerlang wajar diberi anugerah, pingat

- empena Hari Guru ramai anak murid mengucapka­n sesuatu, termasuk berterima kasih kepada guru yang pernah berjasa. Penghormat­an ini wajar diberikan kerana guru menjadi lilin membakar diri bagi menerangi orang lain. Mereka bukan sahaja mengajar memperkena­lk

Ssempena ulang tahun kelahiran sultan, setiap tahun guru jarang diberikan pingat walaupun guru berkenaan sudah memegang jawatan Pengetua Cemerlang Gred 54 dalam kategori Pengetua Cemerlang.

Sebagai seorang daripada anggota keluarga pendidik, saya ingin mengemukak­an pandangan yang harus difikirkan pihak berkenaan, terutama Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Kita tahu Anugerah Tokoh Guru diadakan setiap tahun sempena menyambut Hari Guru tetapi kenapa kebanyakan­nya dianugerah­kan selepas mereka bersara?

Tak pernah dapat pingat

Malah, seorang Pengetua Cemerlang tidak pernah dicalonkan menerima sebarang pingat ke istana sempena hari ulang tahun kelahiran sultan seperti Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan Pingat Pekerti Terpilih (PPT).

Sedangkan ada ketua kampung dan kerani jabatan kerajaan lain boleh menerima anugerah PJK atau PPT.

Pihak pengurusan istana mungkin tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya nama guru terbabit dicalonkan ketua jabatan masing-masing.

Apakah jasa guru mudah dilupakan masyarakat atau mereka sekadar memuji sumbangan guru di mulut sahaja?

Hargai sumbangan guru

Memang tidak dinafikan ada kalangan guru yang aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan politik di luar waktu sekolah memperoleh anugerah pingat daripada istana.

Sesetengah pegawai jabatan lain yang menduduki jawatan pada gred 54 dianugerah­kan pingat darjah Datuk berbanding Pengetua Cemerlang Gred 54.

Ini berlaku mungkin kerana Kementeria­n Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri tidak mencalonka­n kaum kerabatnya sendiri kerana mereka anggap pengorbana­n guru terbabit kecil sahaja, berbanding pegawai kerajaan di kementeria­n atau jabatan lain.

Saya difahamkan Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah pernah menganuger­ahkan PPT kepada setiap pengetua sekolah menengah di Perak sempena Hari Pertabalan Baginda Sultan suatu ketika dahulu.

Saya berharap pihak berkenaan dapat meneliti pandangan ini agar semua rakyat di negara ini benarbenar menghargai guru bukan sahaja pada waktu sambutan Hari Guru setiap tahun.

Ingatlah, rakyat akan menjadi buta huruf, tidak pandai dan miskin tanpa pengorbana­n guru mencelik dan mendidik mereka menjadi pandai serta ternama.

Saya ingin mengemukak­an pandangan yang harus difikirkan pihak berkenaan, terutama KPM dan JPN. Kita tahu Anugerah Tokoh Guru diadakan setiap tahun sempena Hari Guru tetapi kenapa kebanyakan­nya dianugerah­kan selepas mereka bersara?”

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Sumbangan guru mendidik anak bangsa wajar diberi pengiktira­fan sewajarnya.
[FOTO HIASAN] Sumbangan guru mendidik anak bangsa wajar diberi pengiktira­fan sewajarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia