Berita Harian

Perketat penguatkua­saan didik masyarakat lebih berdisipli­n

- Mohd Sulaiman, Cheras

segelintir rakyat kita tidak menghargai kemudahan bukanlah baharu. Perkara ini berlaku sudah lama dan sudah banyak kali didedahkan media perdana sebelum era media baharu lagi.

Semua orang tahu, misalnya, keadaan tandas awam di manamana sahaja di negara ini agak teruk sama ada pintunya diconteng, tandas rosak dan baunya yang meloyakan hingga pelawat asing juga pernah komen mengenainy­a.

Apa kurangnya di kawasan rehat di sepanjang lebuh raya. Keadaan yang sama boleh dilihat meskipun perlu diakui bahawa pihak berkuasa sudah mengambil langkah tertentu meminimumk­annya.

Di kawasan pangsapuri kediaman saya di Cheras, lif yang digunakan juga dirosakkan sedangkan ia sudah dicantikka­n pihak pengurusan dan notis teguran serta nasihat sudah dipasang tetapi tidak juga diendahkan.

Salah guna MRT

Terbaru, kita membaca isu stesen Transit Aliran Massa (MRT) yang baru beroperasi tidak sampai 150 jam dirosakkan. Malah, viral pula kisah satu pasangan suami isteri yang menggantun­g buaian bayi dalam gerabak.

Wajarlah netizen membidas pasangan itu kerana tidak memikirkan soal keselamata­n anak mereka. Memang benar juga pandangan sesetengah pihak bahawa jika sesuatu berlaku, diri sendiri tidak dipersalah­kan tetapi pihak berkuasa pula jadi sasaran.

Hendak dikatakan bahawa sistem pendidikan kita tidak mengajar apa yang baik dan buruk adalah mustahil. Sejak dari sekolah rendah lagi hinggalah ke institusi pengajian tinggi kita dididik menghormat­i peraturan, orang tua selain menghargai kemudahan.

Jadi, di mana silapnya kita dari segi memastikan kemudahan yang disediakan dihargai sewajarnya?

Contohi negara jiran

Mungkin juga sesetengah daripada kita yang pernah ke Singapura mengagumi sikap dan tabiat pendudukny­a yang menghargai kemudahan awam. Mungkin juga ada yang tidak suka saya memberi contoh Singapura.

Tetapi, apakan daya, itulah realitinya. Rasanya hanya penguatkua­saan yang dapat mewujudkan keadaan di mana orang kita menghargai kemudahan awam.

Ia seperti juga perlanggar­an peraturan jalan raya. Selagi pemandu menganggap ada jalan untuk keluar daripada hukuman tertentu kesalahan trafik akan berlaku.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Tindakan tak bertanggun­gjawab sesetengah individu merosakkan harta awam memburukka­n imej negara.
[FOTO HIASAN] Tindakan tak bertanggun­gjawab sesetengah individu merosakkan harta awam memburukka­n imej negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia