Berita Harian

Filipina pantau ancaman pro-daesh

13,000 pegawai polis dikerah lindungi lebih 1,700 delegasi

-

Pasukan keselamata­n Filipina bakal memberi tumpuan penuh terhadap ancaman besar daripada kumpulan bekas pembunuh upahan Mao yang menyertai militan, menjelang mesyuarat ulang tahun ke50 Menteri Luar Asia Tenggara.

Ketua Polis Metro Manila Oscar Albayalde berkata, tiada ancaman khusus setakat ini, namun polis sedang memantau beberapa individu Kristian yang memeluk Islam.

Mereka adalah bekas pembunuh upahan komunis Briged Boncayao Alex atau ABB, kumpulan pembunuh upahan yang aktif pada 1980an.

Seramai 27 Menteri Luar daripada Persatuan ASEAN dan rakan kongsi dialog seperti Jepun, Amerika Syarikat (AS), India, Kanada dan Russia akan berkumpul di ibu kota ini bermula Jumaat hingga Selasa depan.

Filipina menghantar 13,000 pegawai polis untuk mengawasi dan melindungi lebih 1,700 delegasi.

Rancang ganggu mesyuarat

Albayalde berkata, lelaki terbabit menyertai kumpulan militan proDaesh di Filipina dan mungkin merancang mengganggu mesyuarat yang bakal menyusul itu.

“Kami sedang memerhatik­an beberapa wilayah di mana ada sejumlah besar penduduk Islam,” katanya.

Antaranya ialah Quiapo, daerah lama komersial hampir dengan kawasan istana presiden, di mana sebutir bom meletup ketika sidang kemuncak pemimpin ASEAN, April lalu yang mencederak­an 14 orang.

Pihak berkuasa berkata, motif serangan adalah pertelingk­ahan peribadi.

Albayalde berkata, walaupun ABB adalah kumpulan kecil dan sekian lama tidak aktif, pertukaran agama sesetengah anggotanya bermaksud ia perlu diperhatik­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia