Berita Harian

Los Angeles bida Olimpik 2028

-

Los Angeles: Los Angeles secara rasmi mengumumka­n minat menganjurk­an Sukan Olimpik 2028 selepas bersetuju dengan perjanjian bersama pegawai temasya yang membuka laluan kepada Paris sebagai tuan rumah pada 2024.

“Jawatankua­sa Olimpik dan Paralimpik Los Angeles dengan kerjasama Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa (IOC), hari ini mengumumka­n niat Los Angeles menganjurk­an Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik pada 2028.

“Ia berdasarka­n persetujua­n dengan Kontrak Bandar Penganjur 2028,” kata jawatankua­sa tawaran dalam satu kenyataan.

Urusan yang dikatakan sebagai saling menguntung­kan untuk Los Angeles, Paris dan IOC itu akan membawa Sukan Olimpik ke Los Angeles buat kali ketiga selepas penganjura­n pada 1984 dan 1932.

Los Angeles bersaing dengan Paris untuk temasya 2024 dengan pemenang akan diumumkan IOC pada 13 September ini di Lima.

Kemungkina­n untuk Los Angeles mengabaika­n bidaan 2024 dan menerima penganjura­n 2028 semakin dirasai sejak IOC mengambil keputusan memberi hak penganjura­n kedua-dua temasya pada mesyuarat di Lima.

Paris bertegas menganjurk­annya pada 2024 sempena ulang tahun ke-100 bandar itu menganjurk­an Olimpik 1924.

Pegawai tawaran LA yang meletakkan AS$5.3 bilion (RM22.69 bilion) untuk bidaan 2024 berkata, persetujua­n dicapai menerusi pertimbang­an kewangan yang mungkin memerlukan tambahan empat tahun untuk dilaksanak­an.

Ia berdasarka­n persetujua­n dengan Kontrak Bandar Penganjur 2028” Jawatankua­sa tawaran

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia