Berita Harian

The Blues akui pemain letih

-

London: Antonio Conte mengakui pasukannya kepenatan selepas kunjungan untuk perlawanan pramusim di Asia.

Juara Liga Perdana itu berkunjung ke Singapura dan China untuk tiga perlawanan persahabat­an, menang sekali dan kalah dua kali.

Mereka menewaskan Arsenal, yang akan mereka temui sekali lagi hujung minggu ini dalam Perisai Komuniti dan tewas kepada Inter Milan dan Bayern Munich.

Skuad Conte kepenatan dalam usaha mereka tetapi akan berehat menjelang pertemuan yang dilabel- kan Conte sebagai pembuka tirai penting di Wembley.

Conte berkata: “Kini sukar untuk memberitah­u setakat kami kami berada.

“Pemain saya sangat penat kerana mereka bermain tiga perlawanan dalam hanya lapan hari.

Boleh menang

“Dengan suhu dan kelembapan seperti ini, pemain bermain seperti biasa dan mereka akan menjadi letih.

“Adalah penting untuk berehat dan kembali ke London dan mula bekerja.

“Ia bukanlah perlawanan persahabat­an. Ia adalah perlawanan rasmi dan ada trofi buat kami, jadi ia mesti sesuatu yang penting.

“Setiap perlawanan memiliki sejarah tersendiri dan kini kami perlu bermain satu lagi perlawanan.

“Kami tewas dalam final Piala FA dan ia amat menyedihka­n kerana kami berada dalam posisi untuk menang. Tetapi Arsenal yang menang.

“Kini ia satu lagi cerita berbeza, kami mesti mencabar dan boleh memenangin­ya,” katanya.

 ??  ?? Aksi pemain Chelsea
Aksi pemain Chelsea
 ??  ?? ketika menentang Inter Milan pada saingan Perisai Komuniti di Singapura.
ketika menentang Inter Milan pada saingan Perisai Komuniti di Singapura.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia