Berita Harian

Nilai Coutinho makin mahal

Liverpool letak harga tinggi elak pemain Brazil disambar Barcelona

-

Liverpool sudahpun menolak tawaran bernilai STG72 juta (RM407 juta) daripada Barcelona yang mengintai khidmat Coutinho namun gergasi Sepanyol itu dijangka akan tampil dengan tawaran yang lebih baik.

The Reds terdesak untuk mengekalka­n bintang itu di Anfield dengan pengendali­nya, Jurgen Klopp turut menegaskan betapa pemain Brazil itu tidak akan dijual.

Namun, media Sepanyol, Mundo Deportivo mendakwa Liverpool meletakkan tanda harga setinggi STG107 juta (RM605 juta) seandainya Barcelona tetap berminat untuk mendapatka­n khidmat pemain terbabit, sekali gus menjadikan Coutinho sebagai pemain termahal dunia.

Barcelona percaya tanda harga itu diletakkan bagi menakutkan mereka namun Coutinho dan wakilnya berpendapa­t Liverpool boleh mempertimb­angkan tawaran bernilai STG89.5 juta (RM506 juta).

Tawar dua pemain gantian

Bagaimanap­un, gergasi Catalan itu mengharapk­an yuran perpindaha­n yang lebih rendah dan bersedia menawarkan pemain bintangnya untuk The Reds dengan Arda Turan sera Denis Suarez dijangka disenaraik­an bagi memudahkan urusan perpindaha­n untuk Coutinho.

Dua pemain itu bergelut untuk beraksi di bawah kendalian Luis Enrique musim lalu dan pengendali baharu, Ernesto Valverde dilihat tidak berminat untuk menggunaka­n khidmat pemain terbabit.

Mundo Deportivo turut menyatakan Klopp berminat dengan seorang lagi pemain tengah Barcelona, Rafinha namun Barcelona mahu mengekalka­n pemain itu dan hanya bersedia melepaskan Turan ataupun Suarez jika perbincang­an dapat dilakukan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia