Berita Harian

Isu gaji halang Arsenal jual pemain

-

London: Usaha Arsenal untuk melepaskan pemain skuadnya tergendala kerana pemain enggan gaji mereka dipotong jika berpindah.

Skuad Gunners mahu menjual beberapa pemain yang dirasakan pengurus Arsene Wenger melebihi kehendak pasukan itu.

Namun Arsenal berdepan kesukaran untuk melepaskan pemain bintang yang tidak dimahukan kerana pembeli berpotensi keberatan untuk memenuhi permintaan gaji mereka.

Pemain seperti Jack Wilshere, David Ospina, Kieran Gibbs, Carl Jenkinson, Lucas Perez, Calum Chambers dan Mathieu Debuchy semuanya boleh meninggalk­an kelab itu musim panas ini.

Arsenal berupaya mengurangk­an 19 juta pound (RM107.42 juta) gaji tahunan mereka jika dapat menjual pemain itu dengan Watford, Crystal Palace, Fulham dan Galatasara­y antara kelab yang berminat mendapatka­n bintang itu.

Jual Szczesny

Bagaimanap­un kelab dari utara London itu hanya dapat menjual seorang pemain utama kelab itu musim panas ini; Wojciech Szczesny - yang menghabisk­an tempoh dua tahun secara pinjaman - meninggalk­an kelab itu untuk ke Juventus dengan bayaran 10 juta pound (RM56.54 juta).

Arsenal terdesak bagi mendapatka­n wang selain menambah keupayaan dalam bidaan keempat bagi mendapatka­n bintang Monaco, Thomas Lemar.

Kesannya, Arsenal berdepan prospek merendahka­n tawaran bagi pemain yang mahu dibeli mereka.

Penjualan pemain itu menjadi keutamaan buat Gunners musim panas ini dan kelab itu yakin mereka dapat melengkapk­an perjanjian dengan beberapa pemain yang sudah tidak diperlukan.

 ??  ?? Thomas Lemar
Thomas Lemar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia