Berita Harian

Ronaldo dituduh elak cukai RM74.3J

Hakim Sepanyol percaya ada kes perlu dirungkai berhubung tiga syarikat

-

Cristiano Ronaldo menghabisk­an masa 90 minit di mahkamah bagi menjawab persoalan diajukan oleh hakim, Mónica Ferrer Gomez berhubung dakwaan penipuan cukai terhadapny­a, membabitka­n €14.7 juta (RM74.3 juta).

Bintang Real Madrid dan Portugal itu dikatakan menyembuny­ikan pendapatan yang diraih menerusi penjualan hak imej.

Ronaldo jelas kecewa dan tiba ke mahkamah menerusi pintu belakang namun menyatakan kesediaan bercakap dengan 20 pengamal media yang bertugas sejurus proses pendengara­n selesai.

Bagaimanap­un, petugas media hanya berpeluang bercakap dengan wakil media Ronaldo, Inaki Torres yang turut mengesahka­n pemain itu sudah pun pulang ke rumahnya.

Berbeza pendapat

“Beliau tidak menukar pendiriann­ya,” kata Torres.

Menurut peguamnya, Ronaldo tidak melanggar mana-mana peraturan dan semuanya dilakukan mengikut ketetapan malah bertegas ia bukan kes penipuan, sebaliknya ia lebih kepada perbezaan pendapat.

Namun pihak hakim antirasuah mendakwa Ronaldo menggunaka­n tiga syarikat bagi menyembuny­ikan sebahagian daripada pendapatan­nya.

Pada peringkat ini, Ronaldo hanya berada di bawah penyiasata­n namun selepas pendengara­n, hakim percaya terdapat kes yang perlu dirungkai dan pemain itu akan menghadapi pertuduhan cuba mengelak daripada membayar cukai.

Agensi

 ??  ?? Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo
 ??  ??
 ??  ?? Torres bercakap kepada media di luar Mahkamah Pozuelo de Alarcon, kelmarin.
Torres bercakap kepada media di luar Mahkamah Pozuelo de Alarcon, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia