Berita Harian

JDT pasukan keenam layak

Pahang, T-team kembali hidupkan peluang ke suku akhir

- Oleh Rizar Mohd Noor dan Asrol Awang

Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi pasukan keenam layak ke suku akhir Piala Malaysia selepas membelasah Terengganu 5-0 pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Dengan kemenangan itu, skuad Harimau Selatan memimpin seketika selaku pendahulu Kumpulan D dan pertembung­an menentang Selangor pada 9 September ini, di Larkin, bakal menentukan juara kumpulan.

Gol JDT dijaringka­n Safawi Rasid menerusi sepakan penalti pada minit ke-18, Mohd Fadhli Shas (minit ke-38), S Kunanlan (minit ke-45), Ahmad Hazwan Bakri (minit ke-49) dan Darren Lok (minit ke-80).

Kutip tiga mata Di Kuantan,

Pahang kembali menghidupk­an peluang ke suku akhir Piala Malaysia apabila membelasah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC 6-0 di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Lebih manis, ia adalah kemenangan pertama skuad Tok Gajah dalam saingan piala berprestij itu selepas sekadar mengutip tiga mata daripada empat perlawanan.

Gol Pahang dijaringka­n Wan Zaharulniz­am Wan Zakaria pada minit ke-27 dan minit ke-52, Joseph Kalang Tie (minit ke-32, 41), Mohd Afif Amiruddin (minit ke-83) dan Matheus Alves (minit ke-86).

Hidupkan peluang Di Kuala Terengganu,

T-team turut menghidupk­an peluang merebut slot ke suku akhir apabila membenam Negeri Sembilan 4-1 dalam aksi Kumpulan A di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

The Titans bermula garang apabila mengasak kubu pertahanan lawan dan melakukan percubaan awal menerusi Ahmad Takhiyuddi­n Roslan tepat ke dakapan penjaga gol, Saiful Amar Sudar.

Mohd Asrol Ibrahim meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-24, Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris (minit ke-39), Dilshod Sharofetdi­nov (minit ke49).

Pemain tengah Negeri Sembilan, Muhammad Nizam Mohd Ruslan merapatkan jurang apabila menjaringk­an gol pada minit ke-78, sebelum Muhammad Fakhrurazi Musa mengesahka­n kemenangan pertama T-team untuk mengumpul lima mata.

 ?? [FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] ??
[FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia