Berita Harian

Kedah, FELDA United, Perak terus gah

- Oleh Izzali Ismail, Nik Sukry Ramli dan Azizan Hashim

Alor Setar: Kedah yang sudah menempah slot ke suku akhir Piala Malaysia tidak sukar menundukka­n UITM FC 1-0 di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Jaringan Liridon Krasniqi memecah kebuntuan pada minit ke23 hasil daripada hantaran Fitri Omar hasil gerakan dari bahagian kanan pintu gol UITM.

Kelebihan tempat sendiri

Bermula babak kedua Fakri Saarani hampir menambah gol kedua Kedah apabila menerima hantaran Syazwan Zainon, namun percubaann­ya di depan pintu gol tersasar melepasi palang.

FELDA United FC menggunaka­n sepenuhnya kelebihan

Di Maran,

beraksi di gelanggang sendiri apabila bangkit dua kali selepas ketinggala­n kepada PKNS FC sebelum mencatatka­n kemenangan 3-2 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam tadi.

PKNS kendalian Sven Gartung terlebih dahulu memperoleh jaringan hasil rembatan Bobby Gonzales pada minit ke-31.

B Satianatha­n kemudian melakukan perubahan taktikal sebaik bersambung babak kedua menyaksika­n pemain import mereka, Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi berjaya menjaringk­an gol penyamaan pada minit ke-46.

PKNS terus mencari gol pendahulua­n dan hasilnya, mereka mendapat sepakan penalti pada minit ke-60 selepas pemain import mereka, Fabio Miguel Lourenco Ferreira dijatuhkan dalam kotak penalti.

Sepakan disempurna­kan Mohd Nazrin Syamsul Bahri menewaskan penjaga gol FELDA United, Muhd Ilham Amirullah Razali.

Kapten FELDA United, Muhammad Shukor Adan menyamakan kedudukan pada minit ke-73 hasil tandukan mengeliruk­an selepas tendangan percuma dari luar kotak penalti yang diambil Zah Rahan Krangar.

Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi sekali lagi muncul wira FELDA United apabila menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-75 melalui rembatan jarak dekat ketika keadaan kelam kabut di hadapan gawang PKNS FC.

Rentak cemerlang Di Ipoh,

Perak meneruskan rentak cemerlangn­ya dalam saingan Piala Malaysia apabila membaham Kuala Lumpur 2-0 di Stadium Perak, malam tadi sekali gus mengekalka­n rekod tanpa kalah selaku pendahulu Kumpulan B selepas mengutip 13 mata.

Begitupun penentuan juara kumpulan itu hanya akan dapat diputuskan dalam perlawanan terakhir dengan FELDA United, September ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia