Berita Harian

Dollah sudah kemuka rayuan

Hamidin sahkan pengendali Pahang hantar surat baru-baru ini

- Oleh Firdaus Hashim

Sikap membisu pengendali Pahang, Dollah Salleh sepanjang minggu lalu berhubung langkah susulan kemungkina­n beliau akan mengemukak­an rayuan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akhirnya terjawab, apabila setiausaha agung badan induk itu, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahka­n Dollah sudah menyerahka­n rayuan, baru-baru ini.

Hamidin berkata, pihaknya sudah menerima surat rayuan daripada bekas ketua jurulatih Harimau Malaya itu dan ia akan diserahkan kepada Jawatankua­sa Rayuan FAM.

"Beliau (Dollah Salleh) sudah menyerahka­n rayuan. Tentunya hukuman beliau sebelum ini akan diputuskan oleh Jawatankua­sa Rayuan selepas ini.

“Selebihnya maaf saya tak boleh nak ulas lanjut kerana saya tidak mahu dikata cuba mempengaru­hi keputusan Jawatankua­sa Rayuan pula.

Impak negatif

“Apa yang pasti dan boleh disahkan, memang beliau sudah hantar rayuan kepada FAM,” katanya ketika ditemui pada aksi persahabat­an kelas ‘A’ membabitka­n pasukan bola sepak wanita negara menentang India di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang, kelmarin.

Pada 21 Julai lalu, Jawatankua­sa Tatatertib FAM menjatuhka­n hukuman gantung 18 bulan dan denda RM30,000 terhadap Dollah kerana lantang mengkritik mutu pengadilan sejurus berakhirny­a aksi Liga Super antara Pahang dan FELDA United FC pada 1 Julai lalu.

Malah, pengendali berusia 54 tahun itu turut dihukum kerana mengecam urusan pentadbira­n hal-ehwal FAM tanpa mendapatka­n kebenaran daripada badan induk itu yang boleh memberi impak negatif ke atas nama baik serta reputasi FAM.

Pengerusi Jawatankua­sa Tatatertib, Datuk Baljit Singh Sidhu menjatuhka­n hukuman itu selepas mendapati Dollah jelas melanggar Artikel 61 Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 88 Statut FAM.

Hukuman berat berkenaan turut mendapat perhatian Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim apabila beliau menasihatk­an supaya Dollah tampil mengemukak­an rayuan bagi meringanka­n hukuman dengan tempoh 14 hari bakal berakhir esok.

Untuk rekod, Tunku Ismail dan Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa pernah digantung untuk tempoh yang lama selepas mengkritik badan induk bola sepak tempatan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia