Berita Harian

Disiplin perlu tinggi: Misbun

Mental, persiapan diri prasyarat bintang muda ganti Chong Wei

- Oleh Ferzalfie Fauzi

Ketua Jurulatih Perseorang­an Lelaki Negara, Datuk Misbun Sidek menjelaska­n juara remaja Asia, Leong Jun Hao boleh menjadi seperti Datuk Lee Chong Wei sekiranya dia mempunyai disiplin yang tinggi.

Misbun berkata, bintang muda mahu menjadi seperti Chong Wei adalah satu perkara biasa, namun Jun Hao harus mengambil iktibar di atas kejayaanny­a itu dan jadikannya sebagai asas kekuatan sebelum berada sebaris dengan pemain senior.

“Dia boleh untuk masuk ke skuad elit jika dia memberi tumpuan dengan segala nasihat yang saya berikan seperti jaga disiplin dan tahu apa yang dikehendak­inya,” katanya kepada media ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Satu bumbung

Misbun berkata jika dibantu dari segi kepakaran, mental dan persiapan diri, Jun Hao mampu untuk pergi lebih jauh.

“Bilangan jurulatih agak terhad, apa yang boleh kita berikan kepadanya adalah latihan teknikal peringkat asas bukannya pengkhusus­an.

“Sebenarnya jika kita ada ramai jurulatih barulah boleh buat pengkhusus­an tapi 16 pemain dalam satu bumbung ia lebih terarah kepada latihan asas.

“Chong Wei sendiri memerlukan dua jurulatih untuk melihat proses persediaan­nya, apa yang masih kurang dan juga memerlukan servis sokongan untuk persiapan.

“Memang Jun Hao di bawah pasukan perseorang­an lelaki negara cuma sekarang dia perlu kekalkan prestasiny­a agar boleh pergi lebih jauh,” kata legenda perseorang­an lelaki negara itu.

 ??  ??
 ??  ?? Misbun memerhati penuh teliti ketika kendali latihan bersama Chong Wei.
Misbun memerhati penuh teliti ketika kendali latihan bersama Chong Wei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia