Berita Harian

Hafifi terima nasihat rehat pulih kecederaan

- Oleh Sukhairi Thani

Kuala Lumpur: Prospek emas di Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017), Hafifi Mansor akur digugurkan pada saat akhir daripada temasya itu.

Pemenang pingat emas Sukan Komanwel Scotland 2014 menerima nasihat Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mahu dirinya menerima kenyataan susulan masalah kecederaan paha kiri yang dialaminya.

Biarpun masih berbekas kekecewaan memandangk­an peluangnya meraih emas di KL2017 tampak cerah tanpa kehadiran pencabar utama dari Indonesia, Triyatno (pemenang perak di Sukan Olimpik London 2012 tidak mengambil bahagian kali ini), Hafifi yang beraksi dalam kategori 69 kilogram (kg) itu bagaimanap­un meminta sedikit ruang masa bagi menerima kenyataan ‘perit’ dalam kariernya itu.

“Yes (ya) saya (AKUR),” tulisnya dalam akaun Facebook miliknya, semalam.

Demi masa depan

Semalam Khairy menyatakan penggugura­n Hafifi dibuat demi masa depan atlet dari Kuala Terengganu itu selain membolehka­n dia memberi tumpuan penuh untuk mempertaha­nkan emas pada Sukan Komanwel tahun depan.

Penggugura­n itu juga adalah berdasarka­n laporan Institut Sukan Negara (ISN) dan doktor pakar yang menyifatka­n kecederaan dialami Hafifi adalah serius.

“Bagi saya masa untuk terima semua ini... Dalam masa ada lagi 29 hari, tidak salah memberi peluang untuk saya BUKTIKAN. Saya terima semua keputusan ini,” tambah Hafifi dalam akaun laman sosialnya itu.

Hafifi mengalami otot koyak sepanjang 15 sentimeter (sm) di bahagian paha kiri ketika menjalani latihan di Liaoning, China, Jun lalu.

Apapun, Hafifi masih mempunyai peluang menebus kekecewaan tidak beraksi di laman sendiri apabila akan menyertai kejohanan kelayakan Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia pada 1 September ini bagi mempertaha­nkan gelarannya pada temasya berkenaan, tahun depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia