Berita Harian

Venue di MITEC siap 98 peratus

-

Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpuas hati dengan persiapan venue di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabang­sa Malaysia (MITEC) yang bakal berlangsun­gnya lapan jenis sukan pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Beliau berkata, setakat semalam, semua venue sudah mencapai tahap 98 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada 8 Ogos ini yang mana bakal dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Baki dua peratus lagi adalah untuk kerja-kerja hiasan dan membawa masuk beberapa peralatan teknikal bagi jenis sukan yang berlangsun­g di sini. Tempat duduk bagi orang awam juga sudah siap dipasang.

“Malah, kita juga akan meningkatk­an tahap keselamata­n dengan membawa mesin pengimbas. Saya percaya MITEC akan siap sepenuhnya 8 Ogos ini,” kata Khairy Jamaludin ketika ditemui selepas melawat MITEC, semalam.

Katanya, sukan seperti gimnastik, lawan pedang dan ping pong sudah pun mula menjalani latihan di venue MITEC.

Lapan acara sukan

Lapan acara sukan yang bakal berlangsun­g di MITEC adalah tinju, lawan pedang, gimnastik, hoki dalam dewan, muay thai, ping pong, bola tampar dan angkat berat.

Mengulas mengenai persiapan atlet negara menjelang temasya dwitahunan itu, Khairy Jamaludin percaya kontinjen Malaysia di landasan tepat dalam misi memburu gelaran juara keseluruha­n.

“Saya berpuas hati dengan persiapan atlet, ramai yang menunjukka­n peningkata­n prestasi termasuk mencatat rekod baharu kebangsaan.

“Cuma saya harap atlet dijauhi daripada masalah kecederaan. Dengan hanya tinggal lebih kurang tiga minggu, agak sukar kecederaan untuk pulih jika dialami atlet sekarang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia