Berita Harian

Badang perlu akur digugur

Kecederaan Hafifi dibimbangi jejas karier jika mahu bertanding pada KL2017

- Oleh Helmi Talkah

Atlet angkat berat negara, Hafifi Mansor perlu akur dengan keputusan penggugura­nnya daripada beraksi pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) susulan masalah kecederaan paha kiri yang dialaminya.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata keputusan itu dibuat demi masa depan kerjaya badang negara itu, terutama bagi membolehka­n dia fokus untuk mempertaha­nkan pingat emas Sukan Komanwel tahun depan.

“Berdasarka­n laporan Institut Sukan Negara (ISN) dan doktor pakar, kecederaan dialami Hafifi adalah serius.

“Saya tahu semalam dia tunjuk dia masih boleh angkat (bebanan) tetapi kita perlu percaya pada pakar.

Luah kekecewaan

“Keputusan ini dibuat berdasarka­n ujian imbasan yang dilakukan dan jika dia cuba juga untuk bertanding, dibimbangi akan menjejaska­n kerjaya dia.

“Matlamat utama dia adalah mempertaha­nkan pingat emas Sukan Komanwel,” kata Khairy. Beliau ditemui selepas meninjau persiapan venue KL2017 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabang­sa Malaysia (MITEC) di sini, semalam.

Hafifi semalam memuat naik video di laman Facebook miliknya menunjukka­n yang dia menjalani latihan seperti biasa dan mampu mengangkat bebanan, sekali gus boleh beraksi pada KL2017.

Ia dipercayai bagi meluahkan kekecewaan­nya yang digugurkan daripada temasya KL2017 kerana kecederaan paha kiri dialaminya ketika menjalani latihan di China awal bulan lalu.

Mengulas lanjut, Khairy Jamaludin berharap tiada pihak yang membuat tuduhan melulu susulan keputusan menggugurk­an Hafifi.

“Saya tidak mahu ada orang tuduh keputusan ini tidak profesiona­l kerana semua yang diputuskan adalah berdasarka­n pandangan ISN, doktor pakar dan Program Podium,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Hafifi mengalami kecederaan paha kiri ketika menjalani latihan di China, awal bulan lalu.
Hafifi mengalami kecederaan paha kiri ketika menjalani latihan di China, awal bulan lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia