Berita Harian

2 pemain harap diserap Kim Swee

- Oleh Aziman Rosdi

Kuala Lumpur: Selepas dihimpit kontrovers­i kerana tidak mendapat pelepasan menyertai skuad bawah 22 tahun (B-22) negara sebelum ini, pemain pertahanan Pahang, Matthew Davies dan pemain tengah Pulau Pinang, Syamer Kutty Abba berharap pintu masih terbuka untuk mereka beraksi pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Davies, 22, dan Syamer, 20, antara enam pemain yang tidak mendapat pelepasan pasukan ke kelayakan Kejuaraan Bawah 23 (B-23) Tahun Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) di Bangkok bulan lalu sehingga menyebabka­n jurulatih Datuk Ong Kim Swee terpaksa memanggil pemain pengganti pada saat akhir.

Bagaimanap­un, kali ini Davies percaya tiada sebab untuk Pahang menghalang­nya andai dipanggil menyertai skuad B-22 bagi menghadapi KL2017 yang akan bermula pada 14 Ogos depan.

“Sememangny­a ia satu penghormat­an jika dapat mewakili negara dalam apa sahaja kejohanan sekali pun. Saya pernah bersama dengan jurulatih (Kim Swee) sebelum ini dan beliau tahu apa yang saya boleh berikan kepada pasukan.

Dapat pelepasan

“Saya fikir tidak ada masalah untuk mendapat pelepasan ke KL2017 kerana saingan liga akan berehat sepanjang temasya sukan ini berlangsun­g tetapi terpulang kepada jurulatih untuk menyenarai­kan saya bersama pasukan,” katanya.

Selain Davies dan Syamer, turut tidak mendapat pelepasan ke Bangkok sebelum ini adalah Nor Azam Azih (Pahang), S Kumaahran (Pulau Pinang), Safawi Rasid dan Haziq Nadzli (Johor Darul Ta'zim).

Bagi Syamer, dia tidak kisah untuk dikritik andai ada peminat tempatan menganggap dirinya mahu menyertai skuad kendalian Kim Swee itu hanya selepas mereka menempa kejayaan mara ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC di China tahun depan.

“'Ada yang tak faham, saya tidak boleh bersama pasukan sebelum ini bukan kerana saya tidak mahu, tetapi tidak mendapat kebenaran pasukan saya.

“Saya amat berharap untuk diberi peluang bersama pasukan ke KL2017 biarpun saya akui peluang kini 50-50.

Cipta sejarah

“'Bila pasukan cipta sejarah di Bangkok saya gembira kerana mereka berjaya, dalam masa yang sama saya sedih kerana tidak menjadi sebahagian daripada sejarah itu, tetapi mungkin ada hikmah di sebaliknya,”' katanya.

Kim Swee dijangka akan menyenarai­kan skuad 23 pemain minggu ini sebelum kem latihan pusat bermula 6 Ogos ini bagi persiapan mengharung­i saingan Kumpulan A Sukan SEA membabitka­n pasukan Myanmar, Singapura, Laos dan Brunei.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia