Berita Harian

Saat terbaik Khairul Hafiz cipta rekod

The Speedy Jantan hanya perlu fokus pada latihan

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Jurulatih negara, Mohd Poad Md Kassim optimis tuah dan kelajuan akan memihak kepada jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan untuk memecahkan rekod kebangsaan pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Beliau berkata, buat masa ini, The Speedy Jantan hanya perlu memberikan tumpuan kepada latihan, terus konsisten serta tidak meletakkan diri dalam tekanan sebelum Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bermula.

Mohd Poad turut yakin Khairul Hafiz yang begitu bertuah dan sinonim dengan Julai apabila mencipta ketiga-tiga rekod – 100m, 200m, 4x100m – pada bulan sama sejak 2016 selain dilahirkan pada bulan sama – 22 Julai 1998 – mampu lebih pantas selepas ini.

“Saya harap Khairul Hafiz tidak ada kecederaan, fokus kepada latihan, kekal dengan persembaha­n sedia ada serta tidak terlalu meletakkan tekanan kepada diri sendiri.

“Insya-allah jika tidak ada apaapa halangan saya yakin dia boleh memecahkan rekod kebangsaan 100m di KL2017 nanti,” kata Mohd Poad sambil memaklumka­n Khairul Hafiz akan menyertai acara

100m, 200m dan 4x100m di temasya itu.

Acara berpasukan

Mengulas mengenai acara berpasukan, Mohd Poad memberi jaminan enam pelari 4x100 meter (m) lelaki tidak akan disia-siakan jika tidak berpeluang berlari di KL2017.

Katanya, semua pelari berkenaan masih muda dan khidmat mereka masih diperlukan untuk temasya akan datang termasuk Sukan Asia dan Sukan Komanwel 2018.

“Atlet yang akan berlari untuk 4x100m di KL2017 belum diputuskan tetapi kita sudah nampak bayanganny­a.

“Nixson (Kennedy) tidak berlari di Terbuka Vietnam bukan kerana dia tidak menyerlah tetapi kita hendak cuba Muhammad Haiqal Hanafi.

“Kita ada banyak pelari muda dan banyak 200m: lagi kejohanan akan datang. Seandainya Nixson tidak berlari di KL2017, kita tidak akan biarkan begitu sahaja, kita akan teruskan semua pelari untuk Sukan Asia dan Komanwel,” katanya.

Minggu lalu kuartet lelaki diwakili Muhammad Haiqal, Jonathan Nyepa, Badrul Hisyam Abdul Manap dan Khairul Hafiz mencatat 39.62s untuk melakar rekod kebangsaan baharu di Kejohanan Olahraga Terbuka Vietnam 2017.

Enam pelari pecut terbaik negara yang berada dalam senarai Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk 4x100m adalah Khairul Hafiz, Badrul Hisyam Abdul, Jonathan, Nixson, Muhammad Haiqal Hanafi dan Muhammad Aqil Yasmin.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Khairul Hafiz diharap mampu cipta rekod kebangsaan pada KL2017.
Khairul Hafiz diharap mampu cipta rekod kebangsaan pada KL2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia