Berita Harian

Milo sertai Larian Obor

Sebagai tanda sokongan, deklarasi komitmen sukan

- Oleh Jumiati Rosly

Minuman rasmi malt coklat bagi Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (KL2017), Milo meneruskan sokongan dan deklarasi komitmen sukan dengan menyertai Larian Obor KL2017 di Nestle (Malaysia) Berhad, Mutiara Damnsara, semalam.

Larian Obor KL2017 yang dimulakan sejak Mei lalu meneruskan kesinambun­gan pada siri keempat di Selangor bersama Milo, semalam dengan larian sejauh 500 meter.

“Api obor yang membara adalah simbol semangat kami terhadap sukan dan kami mengajak seluruh negara untuk menunjukka­n semangat perpaduan yang diwakili oleh pelari yang membawa obor,” kata Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Milo, Nestle Malaysia, Pholomena Tan selepas Larian Obor Kuala Lumpur 2017 bersama Milo di sini, semalam.

Pembawa obor yang terbabit dalam larian semalam ialah Operator Promosi Luar, Mohd Nasir Abd Kadir yang telah berkhidmat sebagai Abang Milo dalam menyediaka­n minuman di trak Milo selama 35 tahun.

Larian diteruskan

Beliau kemudian menyerahka­n obor kepada wakil Bahagian Pengeluara­n Produk Kilang Milo Nestle Malaysia, Ismail Mohd Dali dan Norhisham Mat Salleh yang masing-masing sudah berkhidmat selama 40 dan 24 tahun.

Larian diteruskan oleh Pengurus Pemasaran Sukan, Ng Ping Loong; Ketua kontinjen negara pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Datuk Marina Chin, pemain hoki kebangsaan, Joel Van Huizen.

Kemudian kepada tunas harapan puteri Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM), Yasshmita Jadish Kumar dan tunas harapan putera MSSM, Joachim Chuah sebelum diakhiri Philomena yang kemudian mengetuai larian ke dalam bangunan Nestle Malaysia di Surian Tower.

Selari dengan kempen Milo #Bersatukit­ateguh yang barubaru ini dilancarka­n, larian ini juga adalah satu pengiktira­fan terhadap sumbangan Milo dalam memperjuan­gkan perkembang­an sukan selama lebih 60 tahun melalui kerjasama dan usaha sama dengan MSSM.

 ?? [FOTO MUHAMMAD SULAIMAN/BH] ?? Mohd Shamsudin (empat dari kiri) menyerahka­n obor kepada Pengerusi Majlis Belia Kuala Selangor, Datuk Mohd Shahrizal Sahri di Pasir Penambang, Kuala Selangor, semalam.
[FOTO MUHAMMAD SULAIMAN/BH] Mohd Shamsudin (empat dari kiri) menyerahka­n obor kepada Pengerusi Majlis Belia Kuala Selangor, Datuk Mohd Shahrizal Sahri di Pasir Penambang, Kuala Selangor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia