Berita Harian

‘Futsal wanita usah terlalu selesa’

- Oleh Syafiq Aznan

Kuala Lumpur: Skuad futsal wanita Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 tidak seharusnya leka dan merasa selesa meskipun dilihat sudah bersedia sepenuhnya bagi mengharung­i temasya itu selepas melakukan persiapan hampir tiga bulan.

Peringatan itu dilontarka­n Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang menegaskan skuad itu perlu terus bekerja keras dan meningkatk­an fokus menjelang temasya itu yang akan mula membuka tirainya dua minggu lagi.

“Sebagai individu yang pernah menjadi pengurus pasukan bola sepak dan futsal, seelokelok­nya kita memberi peringatan kepada pasukan supaya tidak lalai dan bersenang-lenang walaupun kita sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi saingan itu.

“Justeru, saya mahukan mereka meneruskan usaha pada tahap yang tertinggi dan meneruskan momentum itu sehingga ke hari kemuncakny­a iaitu pada saingan sebenar yang akan bermula 16 Ogos ini,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad futsal wanita di Kompleks Sukan Panasonic, di sini, kelmarin.

Peluang cerah

Dalam masa sama, Hamidin optimis, skuad bimbingan Muizzudin Haris itu memiliki peluang cerah untuk menghadiah­kan pingat dengan gangsa menjadi sasaran bagi menyamai pencapaian di Sukan SEA 2013 di Naypyitaw.

“Kalau mengikut pandangan saya, skuad futsal wanita ini memiliki peluang untuk menghadiah­kan pingat memandangk­an kebanyakan pasukan yang bertanding berada pada tahap yang sama dengan pasukan negara.

“Jadi, kita perlu menggunaka­n kesempatan yang ada dengan peluang beraksi di laman sendiri. Peluang untuk mencipta kejayaan itu ada tetapi memerlukan kerja keras dalam tempoh 18 hari sebelum saingan bermula,” katanya.

Skuad futsal wanita negara akan memulakan kempen dengan aksi menentang Myanmar pada 18 Ogos.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia