Berita Harian

QSR BRANDS

Lantik tiga pengurusan kanan baharu

-

“Satu lagi perkembang­an positif ialah permodalan pasaran Maybank (Malayan Banking Bhd) melepasi paras RM100 bilion pada Jun 2017. Ia satu kejayaan besar dalam sejarah pasaran modal Malaysia,” katanya dalam kenyataan semalam.

Wahid berkata, selepas setahun bersama PNB dan pasukan pengurusan diketuai Datuk Abdul Rahman Ahmad selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, pihaknya merancang memperuntu­kkan masa untuk menyokong beberapa syarikat strategik dalam menambah baik prestasi atau transforma­si.

“Kami akan bekerja rapat dengan syarikat teras, yang mana kami memiliki pegangan saham sekurang-kurangnya 10 peratus, dalam usaha meningkatk­an pulangan kepada pemegang saham.

Tingkat aktiviti pemegang saham

“PNB juga merancang berhubung rapat dengan pelabur institusi lain bagi meningkatk­an lagi aktiviti pemegang saham, menyasar meningkatk­an tadbir urus dan prestasi syarikat senaraian awam,” katanya.

PNB di bawah pimpinan Wahid mengumumka­n Pelan Strategik 2017-2022 ‘STRIVE 15’ pada 26 November tahun lalu, bermatlama­t membangunk­an PNB sebagai firma pelaburan bertaraf dunia yang utama.

Ia turut memberi tumpuan ke atas pelaksanaa­n segera 15 inisiatif dalam pelan berkenaan.

Wahid melahirkan penghargaa­nnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan yang melantikny­a untuk mengetuai PNB.

“Saya dan Rahman bertuah meneruskan legasi itu daripada Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman yang meletakkan PNB pada kedudukan sangat kukuh dan berintegri­ti,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia