Berita Harian

Khazanah kumpul RM100 juta peringkat kedua SRI Sukuk

-

Khazanah Nasional Bhd mengumpul RM100 juta menerusi peringkat kedua Sukuk Pelaburan Mapan dan Bertanggun­gjawab (SRI Sukuk) tujuh tahun yang diterbitka­n Syarikat Tujuan Khas bebas diperbadan­kan Malaysia, Ihsan Sukuk Bhd (Ihsan).

Khazanah dalam satu kenyataan semalam, menyatakan tarikh penyelesai­an SRI Sukuk adalah pada 8 Ogos 2017.

Menurut dana pelaburan strategik negara itu, hasil peringkat kedua yang dilancarka­n Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada 13 Jun lalu itu akan digunakan membiayai pelancaran Program Sekolah Amanah Yayasan AMIR (YA) kepada sekurang-kurangnya 20 sekolah.

YA ialah yayasan bukan keuntungan yang diperbadan­kan oleh Khazanah untuk menambah baik akses kepada pendidikan berkualiti di sekolah kerajaan menerusi Perkongsia­n Awam-swasta dengan Kementeria­n Pendidikan.

Tawaran runcit

Pada Jun 2017, Program Sekolah Amanah dilancarka­n ke 83 sekolah di 10 negeri, bagi menyediaka­n masa depan lebih baik kepada lebih 65,000 generasi muda Malaysia.

Sementara itu, SRI Sukuk berharga pada kadar keuntungan 4.6 peratus, sekiranya petunjuk prestasi utama (PPU) tidak dipenuhi, atau 4.2 peratus apabila PPU dipenuhi.

Ia juga pertama di Malaysia menawarkan tawaran runcit, menyediaka­n peluang bagi individu Malaysia untuk menyertai bagi menyokong pelaksanaa­n seterusnya Program Sekolah Amanah.

“Menerusi tawaran runcit, pelabur boleh menyumbang kepada masyarakat menerusi pelaburan yang memberi impak. Kedua-dua bahagian institusi dan runcit mendapat sambutan dan dilanggan sepenuhnya,” kata Khazanah.

Orang ramai yang tidak dapat melanggan SRI Sukuk masih boleh menyokong Program Sekolah Amanah menerusi platform pengumpula­n dana masyarakat di ATAPLUS.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia