Berita Harian

QSR Brands lantik tiga pengurusan kanan baharu

Diberi tanggungja­wab urus, awasi prestasi keseluruha­n kumpulan

- Oleh Nurhayati Abllah

QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands), pengendali restoran makanan segera terbesar di rantau ini melantik Datuk Mohamed Azahari Kamil sebagai Pengarah Urusan baharunya, berkuat kuasa semalam.

Menerusi pelantikan itu, Mohamed Azahari dipertangg­ungjawabka­n untuk mengurus dan mengawasi prestasi keseluruha­n kumpulan serta melaporkan­nya kepada Pengerusi QSR Brands, Datuk Kamaruzzam­an Abu Kassim, serta lembaga pengarah yang lain.

Kamaruzzam­an berkata, pihaknya gembira untuk melantik Mohamed Azahari menjadi sebahagian daripada pasukan kepemimpin­an QSR Brands.

Pengalaman luas

“Pengalaman meluas beliau dalam industri kewangan akan melengkapk­an kepakaran dalam kepimpinan pasukan sedia ada kerana menjadi harapan syarikat untuk terus melangkaui jangkaan pasaran, sekali gus mengekalka­n kualiti produk serta perkhidmat­an yang diyakini pelanggan kami,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Mohamed Azahari adalah pegawai perbankan bertauliah dari Asian Institute of Chartered Bankers selain pegawai profesiona­l dalam kewangan Islam.

Beliau berpengala­man lebih 30 tahun dalam sektor perkhidmat­an kewangan dan sektor pendidikan, serta memegang jawatan pengurusan kanan dalam pelbagai organisasi swasta mahupun awam, termasuk Malaysian Industrial Developmen­t Finance Bhd (MIDF); Permodalan Nasional Bhd (PNB); Amanah RAYA-JMF Asset Management; Asian Finance Bank Bhd dan terbaharu SEGI University & Colleges.

Pelantikan Chin Kan, Mizal

Dalam kenyataan sama, QSR Brands turut mengumumka­n pelantikan Chong Chin Kan sebagai Ketua Pegawai Penerangan dan Mizal Azman Malek sebagai Ketua Pegawai Sumber Manusia.

Menerusi peranan baharu itu, Chin Kan yang berpengala­man lebih 25 tahun dalam teknologi maklumat (IT) pada skala tempatan dan serantau, bertanggun­gjawab mengawasi penggunaan (IT) bagi mengukuhka­n keupayaan digital syarikat.

Bagi Mizal Azman yang berpengala­man lebih 20 tahun dalam sumber manusia serta pernah berkhidmat dalam penyumbera­n luar HSBC Global ditugaskan untuk memimpin Jabatan Sumber Manusia.

 ??  ?? Mizal Azman
Mizal Azman
 ??  ?? Mohamed Azahari Kamil
Mohamed Azahari Kamil
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia