Berita Harian

Lonjakan dagangan Malaysia-amerika Latin

-

dua hala Malaysia dan negara Amerika Latin dijangka melepasi paras AS$10 bilion tahun ini, mengatasi jumlah dagangan tahun lalu sebanyak AS$7.9 bilion.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Sri Mustapa Mohamed, berkata jangkaan itu disandarka­n kepada angka perdaganga­n memberangs­angkan antara Malaysia dan negara di benua itu bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini yang sudah mencecah AS$5.4 bilion.

“Ia berkembang 31.7 peratus antara Januari hingga Mei 2017,” katanya pada sidang media sempena Hari Perniagaan Amerika Latin di Menara MITI, di Kuala Lumpur, semalam.

Amerika Latin merangkumi 10 negara, iaitu Argentina, Brazil, Chile, Colombia, Cuba, Ecuador, Mexico, Peru, Uruguay dan Venezuela.

Mustapa berkata, pelabur utama Malaysia di Amerika Latin ialah PETRONAS, Careglove, Likom Caseworks, Sapura Kenchana, Scomi, IJM, Sri Inderajaya dan DXN Holdings.

Pelaburan melepasi AS$3.5B

“Sungguhpun kita tidak dapat pastikan angka sebenar, pelaburan Malaysia di Amerika Latin melepasi AS$3.5 bilion,” katanya.

Beliau berkata, perdaganga­n Malaysia dengan Amerika Latin berkembang pada kadar 2.1 peratus antara 2011 hingga 2016.

Jumlah eksport Malaysia ke Amerika Latin mencatatka­n pertumbuha­n 3.6 peratus antara 2012 hingga 2016, manakala bagi tempoh lima bulan pertama 2017 ia berkembang 25.4 peratus, katanya.

Ketika ini Mexico adalah rakan eksport terbesar Malaysia di Amerika Latin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia