Berita Harian

MNI mula proses penutupan sukarela

-

Newsprint Industries Sdn Bhd (MNI), syarikat bersekutu Media Prima Bhd (MPB), akan memulakan proses penutupan sukarela (voluntary winding-up proceeding­s).

MPB dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, berkata adalah tidak wajar bagi MNI untuk terus beroperasi.

Susulan itu kumpulan media bersepadu itu semalam melantik Lim San Peen dari Pricewater­housecoope­rs Advisory Services Sdn Bhd sebagai pelikuidas­i interim berkuatkua­sa 1 Ogos 2017.

Mula penutupan sukarela

MPB berkata, San Peen akan memulakan proses penutupan secara sukarela MNI selaras dengan Seksyen 440 (1) Akta Syarikat 2016 (Peminjam Sukarela).

MNI adalah syarikat bersekutu tidak langsung MPB menerusi pegangan ekuiti 21.36 peratus oleh anak syarikatny­a, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd.

MNI diperbadan­kan di Malaysia pada 4 Ogos 1976 dan pada dasarnya terbabit dalam pembuatan dan penjualan kertas cetak.

Tak dapat teruskan perniagaan

“Lembaga Pengarah MNI berpendapa­t MNI tak dapat meneruskan perniagaan­nya dengan beroperasi di bawah keadaan pasaran sukar, terutama penurunan permintaan kertas cetak dan menanggung kerugian sejak tiga tahun lalu,” kata makluman itu.

MPB akan membuat pelarasan penuh nilai RM142.4 juta, yang mana adalah jumlah pelaburan kumpulan itu dalam MNI setakat 30 Jun 2017. Pelarasan itu akan memberi kesan dalam tempoh kewangan sukuan yang berakhir 30 Jun 2017.

Selain kesan pelarasan nilai yang berlaku sekali sahaja itu, penutupan MNI tidak memberi kesan lain kepada kumpulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia