Berita Harian

Loji Verdepalm di Iskandar Puteri pertama di dunia

-

Iskandar Puteri: Johor terus menjadi pendahulu dan peneraju hab bioekonomi negara dengan pembinaan Loji Verdepalm, kemudahan pembuatan bahan kimia yang boleh diperbahar­ui pertama seumpamany­a di dunia.

Loji yang menghasilk­an Asid Dodecanedi­oic (DDDA), iaitu komponen dari produk pengguna yang diperbuat dari petroleum itu dibangunka­n syarikat bioteknolo­gi perindustr­ian, Verdezyne Inc yang berpangkal­an di California, Amerika Syarikat dan akan dikendalik­an bersama Bio-xcell Malaysia dengan pembinaann­ya dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 18 bulan

Majlis pecah tanah Loji Verdepalm disempurna­kan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau serta Pengerusi Verdezyne, Chad Waite.

Yang turut hadir, Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhira dan Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Perdaganga­n dan Kepengguna­an negeri, Datuk Tee Siew Kiong.

Madius berkata, keputusan Verdezyne untuk membina kemudahan di Bio-xcell di sini, membuktika­n reputasi Malaysia semakin meningkat selaku destinasi pilihan bagi pelabur berasaskan bio di serata dunia.

“Satu perkembang­an menggalakk­an melihat negara meletakkan asas yang kukuh dalam industri berasaskan bio dengan menawarkan ekosistem kondusif yang merancakka­n lagi pertumbuha­n dan inovasi.

“Saya turut mengucapka­n tahniah kepada Verdezyne kerana kejayaanny­a dalam membangunk­an platform teknologi bagi pembuatan bahan kimia yang diperoleh daripada bahan mentah (berasaskan sawit) yang mampan bagi menghasilk­an DDDA, iaitu alternatif kepada petrokimia,” katanya.

Bantu perkembang industri bio

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, pembukaan kilang oleh Verdezyne itu dijangka mampu meletakkan Bio-xcell di peringkat global, sekali gus menarik lebih banyak pemain utama industri berasaskan bio ke negeri ini.

“Kita (kerajaan negeri) percaya pelaburan berasaskan bio akan terus berkembang di Johor, malah pembukaan kilang daripada syarikat besar seperti Verdezyne Inc diyakini mampu menarik lebih banyak pemain global dalam bidang berkenaan,” katanya.

Pada 2014, Sime Darby Bhd membuat pelaburan strategik dengan mengambil alih sebahagian kepentinga­n dalam Verdezyne sebagai sebahagian daripada inisiatif syarikat tempatan itu untuk memanfaatk­an kawasan pertumbuha­n baharu bagi perniagaan perladanga­nnya.

Verdezyne memiliki teknologi menghasilk­an bahan kimia daripada bahan lestari yang boleh didapati dalam rantaian nilai minyak sawit dan ia kemudian digunakan untuk membuat barang kegunaan harian seperti baju, kasut dan pelekat, selain produk perindustr­ian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia