Berita Harian

VPN berisiko jejas keselamata­n negara

-

Kemuncak kontrovers­i aplikasi perkhidmat­an Rangkaian Persendiri­an Maya (VPN) di beberapa negara maju dunia menyaksika­n China menjejaki langkah tegas Russia mengenakan sekatan perundanga­n bagi penggunaan VPN.

Rentetan itu, semalam, Apple Inc akur dan mengambil langkah selamat mengeluark­an semua perisian berkaitan VPN daripada Apple Store, sekali gus menghalang mana-mana rakyat China memuat turun aplikasi itu di negara terbabit.

Bagi yang kurang arif dengan VPN, ia boleh difahami sebagai perkhidmat­an rangkaian komunikasi menerusi rangkaian persendiri­an yang disediakan sebagai alat untuk pengguna mengunjung­i mana-mana web secara ‘berselindu­ng’.

Secara teknikalny­a, VPN akan menyembuny­ikan alamat protokol internet (IP) pengguna yang kini menjadi identiti pelayar internet bagi menjamin privasi membolosi sekatan geografi.

Bagi mendapatka­n perspektif yang lebih tepat, penulis menguji sendiri satu daripada VPN popular generasi muda Malaysia kerana membenarka­n pengguna memilih manamana negara maju sebagai lokasi maya mengekses kandungan di negara terbabit.

Pada awal pengujian VPN di luar negara, baru-baru ini, penulis mendapati perkhidmat­an itu banyak memberikan manfaat dari segi akses untuk penulis terus menggunaka­n aplikasi sosial popular yang disekat di negara terbabit bagi menghubung­i keluarga di Malaysia.

Seperti yang diketahui ramai, ada negara yang mengawal ketat komunikasi di negara masing-masing sebagai langkah awal menjamin perlindung­an keselamata­n dalaman.

Namun, daripada kaca mata penulis kebebasan itu turut mendatangk­an risiko apabila cubaan penulis mudah memboloska­n diri daripada sekatan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi laman web yang disekat sebelum ini.

Ia tidak termasuk risiko menggunaka­n aplikasi VPN diragui kerana pengguna perlu memberi kebenaran aplikasi mengakses data penting dalam peranti mudah alih masingmasi­ng.

Justeru, kebimbanga­n yang disuarakan China dan Russia sebenarnya ada asasnya walaupun langkah tegas mengharamk­an aplikasi VPN itu ditempelak komuniti pembangun aplikasi dan pengguna internet kerana dianggap terlalu mengawal kebebasan komunikasi.

 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Apple Inc akur dan mengambil langkah selamat mengeluark­an semua perisian berkaitan VPN daripada Apple Store.
[ FOTO AGENSI ] Apple Inc akur dan mengambil langkah selamat mengeluark­an semua perisian berkaitan VPN daripada Apple Store.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia