Berita Harian

Samsung Galaxy Tab S3 serba canggih, lengkap

-

Samsung Galaxy Tab S3 boleh disifatkan sebagai peranti yang ditunggu kerana memberikan pengalaman tablet yang premium selain didatangka­n dengan rekaan terkini.

Bagi yang ingin menonton laman strim, tablet Samsung Galaxy Tab S3 ini mungkin adalah jawapannya kerana ia didatangka­n dengan S Pen menjadikan lebih peka pengguna dan produktif.

Ia dikuasai bateri sehingga 6,000mah dengan keupayaan cas pantas. Peranti terbabit bersaiz 9.7 inci dengan format paparan Super AMOLED mempunyai pemprosesa­n Qualcomm MSM 8996 Quad Core 2.15GHZ + 1.6GHZ.

Tablet baharu diumumkan ketika Mobile World Congress menyediaka­n teknologi Galaxy premium, termasuk kandungan video HDR (Julat Dinamik Tinggi) yang menyokong video dalam HDR (10bit berwarna) dan kandungan digital yang jelas.

Kepekaan tekanan

Bagi memberikan pengalaman menulis semula jadi, S Pen mempunyai hujung 0.7mm yang lebih kecil dan kepekaan tekanan yang meningkat.

S Pen juga termasuk ciri-ciri mudah seperti Screen Off Memo bagi memudahkan mencatat nota, PDF Annotation untuk penyunting­an mudah dan lukisan profesiona­l dengan Advanced Drawing Tools.

Ia juga meneruskan legasi teknologi Galaxy yang inovatif, termasuk kamera belakang 13 megapiksel dengan fokus auto dan kamera depan 5 megapiksel untuk gambar berkualiti tinggi.

Tablet ini termasuk storan yang boleh dikembangk­an dan lebih banyak kecekapan kuasa keupayaan pantas, menyokong sehingga 12 jam main balik video di Galaxy Tab S3.

Samsung Galaxy Tab S3 menyediaka­n pengalaman seperti sinema dengan pemutaran video 4K dan paparan Super AMOLED yang menakjubka­n.

Di samping itu, Galaxy Tab S3 adalah tablet Samsung pertama yang menampilka­n quadstereo yang ditala oleh AKG oleh HARMAN untuk pengalaman visual dan pendengara­n premium.

Dioptimumk­an untuk permainan, Galaxy Tab S3 termasuk Vulkan API untuk grafik unggul dan Pelancar Permainan untuk antara muka pengguna yang dipertingk­atkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia