Berita Harian

Model honor 8 Pro diperkukuh VR

Produk terkini China masuk pasaran Malaysia

-

pasaran global walaupun sebenarnya teknologi itu sudah berada di pasaran sejak hampir 10 tahun lalu.

Tidak mahu ketinggala­n dengan ledakan kemajuan teknologi yang pantas berubah, konglomera­t China yang mengeluark­an rangkaian model honor, baru-baru ini memperkena­lkan honor 8 Pro ke pasaran Malaysia yang dibangunka­n dengan pemerhati kadbod dengan peranti yang dipasang dengan aplikasi Jaunt VR, menjadikan peranti Realiti Maya (VR) ini lebih bersedia ke depan berbanding pesaingnya.

Kemajuan ini hasil kerjasama honor dan Jaunt Inc, peneraju dalam sinematik VR, yang mana pengguna mampu menikmati kandungan VR berkualiti tinggi.

“Dengan honor, kami sentiasa melangkah lebih lagi dan honor 8 Pro menandakan komitmen kami untuk mencipta pengalaman masa depan kepada pelanggan. Ia hasil kerjasama terbuka dengan rakan kongsi global kami,” kata Luke Au, Pengarah Pemasaran Produk Wilayah, Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei.

Rasai pengalaman multimedia

Sebagai telefon pintar honor terbaik setakat ini, honor 8 Pro direka untuk membawa pelanggan merasai pengalaman multimedia yang menakjubka­n.

Dibangunka­n dengan paparan HD Quad 5.7 inci dengan resolusi 515ppi dan warna gamut yang menghampir­i standard sinematik Hollywood, chipset Kirin 960 dan Mali-g71 GPU dengan sokongan Vulkan API dan kuasa bateri 4,000mah akan memanfaatk­an pengguna Harga runcit RM1,999 Layari http://www. hihonor.com/my pada hari sibuk.

Model honor 8 Pro juga memiliki spesifikas­i teknikal serba canggih dan penentu ukuran paparan profesiona­l yang meningkatk­an saturasi, menjadikan warna imej lebih cerah dan nada kulit lebih sekata.

Kesan ketajaman terhadap enjin paparan meningkatk­an ketepatan imej yang lebih baik sementara penambah perinci imej 2D meningkatk­an ketepatan imej yang lebih baik dan secara automatik meningkatk­an kualiti keseluruha­n imej.

Dengan binaan pemerhati kadbod, ciri canggih ini menjadikan honor 8 Pro sempurna untuk dunia realiti maya.

Jaunt Inc yang bertapak di Lembah Silikon dicalonkan pada tahun lalu untuk menjadi syarikat VR paling inovatif untuk mengetuai pembanguna­n industri berkenaan.

 ??  ?? Honor 8 Pro direka untuk membawa pelanggan merasai pengalaman multimedia yang menakjubka­n.
Honor 8 Pro direka untuk membawa pelanggan merasai pengalaman multimedia yang menakjubka­n.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia